Tarian Makak memanifestasikan aktiviti kehidupan harian etnik Melanau khususnya aktiviti menangkap udang di laut sebagai sumber rezeki, yang kemudiannya udang dijemur untuk dijual ataupun untuk kegunaan sendiri.
Tarian ini mengisahkan sekumpulan lelaki dan wanita turun ke laut membawa alat menangkap udang dinamakan pakak iaitu sejenis jaring halus untuk memerangkap udang. Dengan menaiki perahu kecil dinamakan alui mereka mendayung dan sekali sekala melayangkan pakak ke dalam laut yang telah dikenal pasti mempunyai udang yang banyak.
-
-
-
-
-
Pakak, jaring halus untuk menangkap udang
- Sumber: https://www.flickr.com/photos/nainet/