Search Filters
Tapisan Carian

Keputusan Carian : [Seni Persembahan] 211

Susunan :

KOMPANG (PULAU PINANG)

Seni Persembahan >Muzik

Kompang merupakan salah satu alat muzik pergendangan Melayu tradisional yang paling asas dan paling popular. Kompang lazimnya dimainkan atau dipalu secara berkumpulan. Alat muzik ini dipercayai merupakan asimilasi budaya yang dibawa masuk oleh masyarakat Arab dan Parsi ke dalam alam Melayu pada kurun ke-15, ketika zaman kesultanan Melayu Melaka. Kompang atau pergendangan ini dimainkan untuk mengiringi ketikan gambus. Uniknya, alat muzik ini merupakan salah satu cerminan budaya masyarakat yang beragama Islam, kerana amat terkenal baik di timur tengah, sehingga ke seluruh benua Melayu.

Pada asalnya, para pedagang Arab dan Parsi yang menanti peralihan angin monsun ini menetap di tanah Melaka dan bermain peralatan muzik seperti rebana juga lain-lain alat pergendangan untuk mengisi masa lapang serta untuk berzanji, memuji-muji kebesaran Tuhan. Kemudian, apabila masyarakat Melayu berasimilasi dengan kebudayaan Arab dan Parsi, kompang (kelihatan seperti rebana) mula dicipta. Masyarakat tempatan yang mahir bertukang membuat kompang daripada kulit-kulit haiwan, supaya permukaannya keras apabila diketuk. Belulang (muka depan kompang) diperbuat daripada kulit kambing, dipasang pada permukaan baluhnya (bahagian badan), dengan seurat rotan dicantumkan antara permukaan kulit dan bingkai kayu, sebelum menggunakan bahan-bahan pelekat seperti paku supaya ketegangannya lebih terjamin. Kaedah ini juga untuk memastikan bunyi kompang lebih kuat, apabila permukaan belulangnya tegang. Tidak seperti sekarang, kebanyakan bunyi kompang tidak lagi kuat kerana diletakkan campuran plastik. Bukan itu sahaja, bunyinya juga berbeza, kerana plastik dan kulit haiwan semestinya tidak menghasilkan bunyi yang sama.

• 1
• 5274

SAPE

Seni Persembahan >Muzik

Sape merupakan alat muzik kecapi tradisional yang terdapat dalam komuniti Orang Ulu di Sarawak. Secara tradisinya alat muzik ini begitu sinonim dengan seni muzik suku-suku Kenyah, Kayan dan Kelabit yang asalnya hanya dimainkan semasa upacara perubatan di rumah panjang. Menerusi perubahan dalam gaya hidup suku kaum tersebut, ternyata muzik sape telah beransur-ansur menjadi sebuah alat sosial dan budaya popular yakni digunakan sebagai bahan atau unsur hiburan umum.

• 1

• 7885

TARIAN ZAPIN ARAB

Seni Persembahan >Tarian

Zapin Arab atau lebih dikenali dengan sebutan zaffin  ialah bentuk asal tarian zapin yang dibawa oleh pedagang dan mubaligh Arab dari Hadramaut, Yaman, ke Alam Melayu sekitar abad ke-15 dan ke-16. Pada mulanya, tarian ini dipersembahkan sebagai hiburan di istana dan medium dakwah Islam. Zapin Arab menekankan gerakan kaki yang cepat dan sederhana, dengan pengaruh kuat budaya Arab. Zapin Arab adalah salah satu bentuk tari yang diamalkan dlama budaya gambus masyarakat Arab di Malaysia. Tradisi bergambus atau gambusan ini meliputi Zaffin, Sarah dan Samrah yang dimulakan dengan dendangan Taqsim atau Taqasim oleh instrument Gambus.

• 0

• 6921

TARI SANGGUL LINTANG

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Sanggul Lintang Melaka merupakan tarian tradisional yang berasal dari negeri Melaka (Malacca). Tarian ini berakar umbi dalam budaya Minangkabau, yang merupakan sebahagian daripada warisan budaya Melayu yang lebih luas di rantau ini. Sanggul Lintang merujuk kepada gaya rambut tersendiri yang sering dipakai semasa persembahan, di mana rambut digayakan dalam sanggul khas, menyerupai "bintang" atau "lintang".

Tarian ini merupakan persembahan yang anggun dan menonjolkan nilai tradisi, adat resam dan keindahan estetika rantau ini. Pergerakan ini dicirikan oleh gerak isyarat yang clembut dan rumit yang sering menyatakan rasa hormat, layanan mesra dan rahmat, dan secara tradisinya dilakukan semasa majlis upacara atau kebudayaan, seperti perkahwinan. Namun ada yang menyatakan Sanggul Lintang adalah hiasan  kepala yang digunakan oleh golongan masyarakat Baba dan Nyonya. Sanggul lintang berada di belakang kepala, terdiri atas dua bagian dan diikat di tengah-tengah. Sanggul Lintang diperbuat daripada gabungan tembaga, emas dan suasa ini memang menjadi lambang kemegahan adat resam orang Melayu khususnya ketika istiadat persandingan masyarakat Melayu Melaka zaman dahulu kala.

Pada zaman dahulu, pemakaian sanggul sering dikaitkan dengan keperibadian wanita. Di sinilah letaknya keistimewaan sanggul untuk dandanan rambut di majlis perkahwinan pada zaman dahulu. Di samping itu, ramai yang mungkin tidak sedar bahawa terdapat lebih pelbagai motif corak bunga yang dijadikan hiasan cucuk sanggul. Antaranya motif corak bunga Senayan, bunga Sundah Belum, bunga Kekwa, bunga Putih Pendek dan bunga Paku Putih Panjang. Kesemua motif corak ini berdasarkan kepada tumbuh-tumbuhan semulajadi yang tumbuh meliar di dalam hutan.Disebakan keunikkan Sanggul Lintang yang luar biasa. Maka wujudlah Tari Sanggul Lintang bagi menunjukkan keindahan Malam Berinai bagi masyarakat Melayu Melaka. Gerak tari ini menunjukkan keceriaan pengantin dan menunjukkan tingginya nilai busana Baju Pengantin Budaya Melaka.

• 0

• 5138

TARIAN HAMDOLOK

Seni Persembahan >Tarian

Hamdolok ialah seni persembahan tradisional yang menggabungkan elemen teater, tarian, muzik, dan nyanyian, popular di Batu Pahat, Johor. Ia diasaskan sekitar tahun 1930-an oleh Pak Rahmat Wayang, yang mendapat inspirasi daripada sambutan Maulidur Rasul oleh suku Badwi di Mekah, seperti yang diceritakan oleh Haji Osman Jahit.

• 0

• 1568

TARIAN ZAPIN TANJUNG LABOH

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Zapin Tanjung Labuh berasal dari Kampung Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor. Tarian ini menampilkan keunikan tersendiri kerana ia hanya dimainkan oleh penari wanita, memperlihatkan gerakan kaki dan langkah gantung yang halus serta tertib.

Tarian ini dinamakan sempena Kampung Tanjung Labuh dan diwarisi oleh keluarga Salmah binti Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Mak Salmah. Zapin ini pada asalnya diperkenalkan oleh Mahmud bin Muhaban, atau Cikgu Mahmud Awang, sebelum diwariskan kepada Abdul Aziz bin Boon. Mak Salmah kemudian mempelajari dan meneruskan tradisi ini, seterusnya memperkembangkannya di kalangan ahli keluarganya. Zapin Tanjung Labuh mula mendapat perhatian awam selepas penyertaannya dalam Pertandingan Zapin Negeri Johor pada akhir tahun 1990-an.

Pada mulanya, Zapin Tanjung Labuh dimainkan secara tidak formal oleh penduduk kampung, biasanya secara berpasang-pasangan (berdua atau berempat), tanpa koreografi yang tetap. Ia sering dimainkan dalam majlis perkahwinan dan keramaian keluarga. Namun, Mak Salmah telah memperkenalkan penyesuaian dengan menjadikan tarian ini eksklusif dimainkan oleh wanita, mencerminkan unsur keanggunan wanita dalam persembahan.

• 0

• 2020

NGAJAT INDU

Seni Persembahan >Tarian

Perkataan indu yang disebut sebagai induk, bermaksud wanita dalam bahasa Iban. Oleh itu tarian Ngajat Indu adalah sejenis tarian yang ditarikan sepenuhnya oleh golongan wanita dalam kalangan etnik tersebut. Sehubungan itu, elemen utama dalam tarian ini adalah nilai kelembutan dan kesopanan wanita Iban selain memaparkan dengan jelas akan kehalusan seni budaya serta adat istiadat komuniti peribumi berkenaan.

• 1

• 3272

TARIAN KANJET NGELEPUT

Seni Persembahan >Tarian

Kanjet Ngeleput merupakan tarian yang menggambarkan suasana keriangan masyarakat etnik Orang Ulu semasa berburu sambil berkelah di hutan. Sementara menanti kembalinya para pemburu dengan hasil buruan, etnik ini biasanya akan berhibur dengan menari mengikut alunan muzik petikan Sape.  Alat muzik Sape dalam kalangan etnik Orang Ulu diperbuat daripada kayu yang mudah diperoleh di sekitar kawasan kediaman mereka.

• 0

• 1642

TARIAN RAMBAI

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Rambai adalah tarian tradisional bagi masyarakat etnik Tidung yang kebanyakannya mendiami bahagian tenggara Sabah meliputi daerah Tawau, Beluran, Sandakan dan Kinabatangan. Rambai merujuk kepada istilah 'tampi' atau 'menampi' dengan nyiru, yang sinonim dengan pekerjaan harian petani, seperti yang disebut dalam bahasa Tidung iaitu Intogos (bekerja di sawah), Bekabun (berkebun), dan Tongoyon (bergotong-royong).

Asal usul tarian ini berakar daripada aktiviti gotong-royong masyarakat Tidung semasa musim menuai padi. Ketika masyarakat sibuk menuai padi di sawah, kanak-kanak meniru pelbagai gerakan orang dewasa yang menampilkan motif-motif pergerakan aktiviti pertanian di sawah seperti menarik karung guni, menghalau burung, menghempas padi, mencangkul batas sawah, dan menarik tali penghalau burung. Pada umumnya, tarian ini mempunyai lapan langkah asas tangan dan dua langkah asas kaki  yang mem membentuk ekspresi budaya dalam menggambarkan kehidupan tradisional dan keunikan cara hidup masyarakat Tidung.

• 3

• 4198

BONGAI

Seni Persembahan >Muzik

Asal usul perkataan "Bongai" mempunyai beberapa tafsiran yang menarik. Secara asasnya, nama Bongai ini dikatakan berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu "bong" dan "aye." Dalam konteks ini, "bong" membawa maksud seseorang yang dihormati, manakala "aye" bermakna "saya." Walaupun pelbagai pandangan wujud tentang asal perkataan ini, perkara yang lebih utama ialah keunikan seni persembahan Bongai itu sendiri. Bongai telah diterima sebagai identiti lagu rakyat di Negeri Sembilan kerana keindahan dan keunikannya. Berbeza daripada nyanyian rakyat lain, persembahan Bongai biasanya dilakukan di tempat khas untuk menonjolkan keistimewaannya agar dapat dilihat dengan lebih menarik.

Bongai merupakan satu bentuk seni yang cukup dikenali dalam kalangan masyarakat di Negeri Sembilan dan dianggap sebagai lagu tradisional. Ia setaraf dengan “Dondang Sayang” di Melaka dan “Ghazal” di Johor. Secara ringkas, "berbongai" merujuk kepada kegiatan berbalas pantun yang dinyanyikan dalam bentuk lagu oleh para pelakonnya. Bongai adalah sejenis lagu rakyat tradisional Negeri Sembilan yang boleh dinyanyikan secara solo, berduet, atau beramai-ramai. Walau bagaimanapun, dalam persembahan, hanya satu individu boleh menyanyi atau mengusik ketika pasangan atau lawannya sedang menyanyi.

• 1

• 2222
5

TARIAN MAGUNATIP

Seni Persembahan >Tarian

Magunatip merupakan tarian tradisional yang diwarisi oleh etnik Murut, salah satu komuniti pribumi terpenting yang menetap di kawasan pedalaman Sabah meliputi daerah Tenom, Keningau, Pensiangan dan beberapa daerah lain. Nama Mangunatip berasal daripada perkataan ‘Atip’ yang bermaksud ‘Jepit’ merujuk kepada perbuatan mengetip atau mengapit dua permukaan batang buluh yang digunakan sebagai instrumen utama dalam tarian ini. Batang buluh tersebut menghasilkan bunyi berirama dan elemen koreografi yang memastikan penari mempunyai kemahiran serta ketangkasan dalam memainkan kaki mereka pada selang jepitan dua batang buluh dan mengelak daripada terkena ‘Atipan’ tersebut.

Lazimnya, tarian Magunatip dipersembahkan oleh penari lelaki dan wanita dalam rentak berirama, di mana lelaki akan mendahului dengan tarian ‘Mahihialang’ diikuti oleh penari wanita dengan rentak tarian ‘Anggalang’. Ia bermula dengan iringan pukulan alat muzik ‘Sansaring’ iaitu gong kecil dan ‘Jarang’ iaitu gendang, kemudian diikuti dengan paduan bunyi daripada lagaan atau ketukan di antara dua buluh. Penyatuan ensemble muzik dan pola gerak dalam tarian ini bukan sahaja mencerminkan kecerdasan fizikal penari atau dinamika persembahan, tetapi juga mempunyai simbolisme mendalam yang mengaitkan elemen tarian dengan nilai budaya dan identiti masyarakat etnik Murut.

• 5

• 9214
16

TARIAN WEK JONGAN

Seni Persembahan >Tarian

Lagu dan tarian wek jonggan bermula daripada kisah kehidupan sebuah keluarga etnik Salako yang tinggal di kawasan pedalaman pada suatu ketika  dahulu. Keluarga ini terdiri daripada tiga ahli keluarga iaitu Si bapa bernama Ambujakng dan Si ibu bernama wek jonggan manakala si Anak bernama Si Aching. Keluarga ini adalah  keluarga petani yang bekerja mengusahakan tanaman padi.

Alkisah bermula dengan kesedihan apabila si Ayah meninggal dunia dan selang beberapa waktu selepas itu diikuti Si Ibu pula meninggal dunia. Tinggallah Si Aching  seorang diri sebagai anak yatim piatu.  Dalam emosi yang hiba dan sedih , Si Aching kerap kali menziarahi pusara kedua orang tuanya. Di pusara itu, Si Aching meluahkan perasaan hibanya dalam mengenang kehidupannya sebagai sebatang kara, tetapi masih meneruskan kerja kerja bertanam padi. Jerih payah dan suka dukanya telah diluahkan dalam kata kata yang penuh emosi di pusara kedua orang tuanya.

Luahan kata-kata serta dan langkah kaki si Aching berkeliling di sekitar pusara orang tuanya telah diciptakan menjadi lirik lagu wek jonggan serta langkah tarian  kawan-kawan Si Aching adalah bagi memujuknya dalam menghadapi  kesedihan dan kedukaan. Justeru itu, bersesuaian dengan peradaban masa, lagu wek jonggan dan seni tari wek jonggan dikemaskini menjadi tarian kebudayaan etnik Salako untuk tujuan sebagai hiburan terutama pada waktu sambutan perayaan yang berkaitan padi atau untuk menyambut kehadiran tetamu dalam majlis-majlis tertentu sebagai tanda kegembiraan. Maka sampai ke hari ini, etnik Salako  masih tetap mengekalkan tarian We’Jonggan dalam gerak tari proses bertanam padi  sebagai cerminan budaya dan adat leluhur etnik Salako.

• 16
• 2892