Senarai Seni Budaya
Senarai Keseluruhan seni budaya merangkumi semua kategori dan negeri
Keputusan Carian : [Seni Persembahan] 211
MUZIK KENTRONG

Kentrong diperkenalkan oleh pedagang dari Indonesia ke Tanah Melayu dan kemudiannya berkembang di Malaysia, terutamanya di Selangor dan Johor. Prof. Dr. Ding Choo Ming, Felo Penyelidik Utama Institut Alam & Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, dalam tulisannya yang bertajuk Perdagangan dan Penghijrahan Membuka Jalan Kepada Penyebaran Karya Sastera Melayu Tradisional, menjelaskan bahawa ramai tokoh seperti penulis, tukang salin, tukang cerita, dan tukang kentrong di Jawa, jurupantun di Sunda, serta penglipur lara sering berulang-alik mengharungi lautan dan bergerak dari satu tempat ke tempat lain di daratan untuk menghibur dan mendidik masyarakat. Hal ini menunjukkan bahawa penghijrahan serta perkembangan aktiviti sastera, seni, dan budaya berlaku akibat pengaruh serta perubahan politik yang positif di Malaysia.

- 1

- 1285
GENDANG DAN KOMPANG

Gendang dan kompang merupakan dua instrumen muzik tradisional yang memiliki sejarah panjang dalam masyarakat Melayu Kedah, mencerminkan warisan budaya yang kaya dan unik. Gendang dikenali sebagai alat perkusi utama yang sering dimainkan dalam pelbagai acara seperti perkahwinan, majlis adat, dan upacara keagamaan. Menurut kajian oleh Mohd Ghouse Nasuruddin (2014), gendang dipercayai telah diperkenalkan ke Tanah Melayu melalui pengaruh Hindu-Buddha sebelum berkembang dengan elemen Islam yang tiba bersama pedagang Arab dan India. Bentuk dan cara permainan gendang sering kali berkait rapat dengan adat istiadat diraja di Kedah, di mana ia menjadi simbol penghormatan dalam acara kebesaran.

Kompang pula lebih sinonim dengan tradisi Islam dan berperanan penting dalam mengiringi selawat serta puji-pujian dalam majlis keagamaan. Ia dipercayai berasal dari dunia Arab, diperkenalkan ke nusantara oleh pedagang dan pendakwah Islam pada abad ke-13. Fungsi kompang bukan sahaja sebagai alat muzik tetapi juga medium dakwah dan penyatuan masyarakat, seperti yang ditekankan dalam kajian oleh Siti Hawa Haji Salleh (2002). Di Kedah, tradisi bermain kompang telah menjadi sebahagian daripada identiti budaya, dengan rentak permainannya sering disesuaikan untuk mencerminkan nilai tempatan.

- 1
- 3296
ALAT MUZIK SULING (SERULING)

Suling dalam konteks masyarakat etnik Kadazan-Dusun adalah alat muzik tradisional dalam kategori aerofon jenis seruling mulut yang bersaiz lebih pendek berbanding saiz panjang seruling biasa. Ia diperbuat daripada buluh Sumbiling yang mempunyai lima atau enam lubang jari dikenali dengan nama ‘Pongombitan’. Bagi lubang ibu jari pula dikenali dengan nama ‘Molohing Tunturu’. Kedua-dua hujung Suling akan ditebuk untuk aliran tiupan daripada mulut dan aliran nada bunyi yang dihasilkan. Lubang untuk meniup dikenali dengan nama ‘Pogunian’ dan hujung lubang Suling (belakang) dikenali dengan nama ‘Pongirusan’.

Alat muzik Suling ini lebih mudah dihasilkan jika dibandingan dengan alat muzik buluh yang lainnya. Tetapi, ia memerlukan ketelitian dalam penghasilannya untuk memastikan Suling mengekalkan keaslian bunyi serta tradisi pembuatan yang diwarisi turun-temurun.

- 3

- 6215
MARHABAN

Marhaban adalah salah satu bentuk persembahan kesenian Islam yang popular di negeri Perak. Perkataan ( بحرم) “Marhaba” berasal daripada perkataan kata kerja bahasa Arab ( بحر) “Rahaba” yang bererti lapang dan luas. Ia membawa maksud ucapan selamat atau hormat yang diucapkan bagi mengalu-alukan seseorang ketika bertemu juga ada yang menterjemahkan ungkapan ini kepada “selamat datang”.

Marhaban merujuk kepada sebahagian bacaan yang terbit daripada Rawi (bab) keempat dalam kitab Majmu’ah Maulud Sharaf al-Anam. Ia bermula pada rangkap kelapan, khususnya ketika tiba pada ayat yang menyebut tentang kelahiran Rasulullah SAW iaitu “Baginda dilahirkan”. Pada bahagian ini, para pendendang dan hadirin akan berdiri bersama-sama untuk melantunkan nyanyian yang dikenali sebagai Marhaban. Lagu nyanyian tersebut terkenal sehingga ke hari ini iaitu;

Thala'al Badru 'Alayna, Min Thaniyyatil Wada'

Wajabash Shukru 'Alayna, Ma Da'a Lillahi Daa'

Tradisi ini popular dalam kalangan masyarakat Melayu, kerana ia melambangkan penghormatan dan kegembiraan terhadap peristiwa kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, menjadikannya elemen penting dalam pembacaan kitab tersebut.

- 3
- 7456
TARIAN WEK JONGAN

Lagu dan tarian wek jonggan bermula daripada kisah kehidupan sebuah keluarga etnik Salako yang tinggal di kawasan pedalaman pada suatu ketika dahulu. Keluarga ini terdiri daripada tiga ahli keluarga iaitu Si bapa bernama Ambujakng dan Si ibu bernama wek jonggan manakala si Anak bernama Si Aching. Keluarga ini adalah keluarga petani yang bekerja mengusahakan tanaman padi.

Alkisah bermula dengan kesedihan apabila si Ayah meninggal dunia dan selang beberapa waktu selepas itu diikuti Si Ibu pula meninggal dunia. Tinggallah Si Aching seorang diri sebagai anak yatim piatu. Dalam emosi yang hiba dan sedih , Si Aching kerap kali menziarahi pusara kedua orang tuanya. Di pusara itu, Si Aching meluahkan perasaan hibanya dalam mengenang kehidupannya sebagai sebatang kara, tetapi masih meneruskan kerja kerja bertanam padi. Jerih payah dan suka dukanya telah diluahkan dalam kata kata yang penuh emosi di pusara kedua orang tuanya.

Luahan kata-kata serta dan langkah kaki si Aching berkeliling di sekitar pusara orang tuanya telah diciptakan menjadi lirik lagu wek jonggan serta langkah tarian kawan-kawan Si Aching adalah bagi memujuknya dalam menghadapi kesedihan dan kedukaan. Justeru itu, bersesuaian dengan peradaban masa, lagu wek jonggan dan seni tari wek jonggan dikemaskini menjadi tarian kebudayaan etnik Salako untuk tujuan sebagai hiburan terutama pada waktu sambutan perayaan yang berkaitan padi atau untuk menyambut kehadiran tetamu dalam majlis-majlis tertentu sebagai tanda kegembiraan. Maka sampai ke hari ini, etnik Salako masih tetap mengekalkan tarian We’Jonggan dalam gerak tari proses bertanam padi sebagai cerminan budaya dan adat leluhur etnik Salako.

- 16
- 2605
TARIAN KUKUR/TEMPURUNG

Tarian Kukur atau Tarian Tempurung merupakan salah satu warisan seni tradisional unik dari negeri Kedah, yang namanya diambil daripada alat muzik utama yang digunakan, iaitu tempurung kelapa. Tarian ini dipercayai bermula sebagai bentuk hiburan rakyat dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan, di mana tempurung kelapa yang digunakan melambangkan sumber alam yang melimpah di Kedah. Tarian ini biasanya dipersembahkan dalam suasana santai, seperti majlis kenduri atau pesta menuai, dan diiringi dengan alunan muzik tradisional serta lagu-lagu rakyat yang bertenaga. Pergerakan tarian ini bersifat dinamik, meniru aktiviti harian masyarakat seperti mengetam padi atau memancing, sekali gus menceritakan kehidupan harian mereka. Sejarah Tarian Tempurung mencerminkan keupayaan masyarakat Melayu Kedah dalam menggabungkan fungsi alat harian dengan seni.

- 0
- 1608
TARIAN TIGAL PRANUK

Tigal Pranuk adalah tarian yang meniru pergerakan dan perilaku haiwan iairu sang kancil. Tarian ini memerlukan fleksibiliti fizikal dan wajah untuk menggambarkan bunyi, pergerakan dan tindak-tanduk haiwan tersebut.

Perilaku kancil-kancil ini disaksikan oleh beberapa penduduk di Bukar’sadung yang kebetulan berada di kawasan tersebut kerana memotong kayu. Sekembalinya mereka ke kampung mereka mula meniru tingkah laku kancil tadi sehingga menjadi bentuk tarian.

- 0

- 909
TARIAN SENANDUNG

Tarian Melayu asli Sarawak ini dipersembahkan oleh golongan wanita dalam majlis-majlis perkahwinan atau keramaian. Pada asalnya tarian ini diberi nama Dayang Sari, sempena mengambil nama gelaran Dayang iaitu kata nama gelaran bagi kaum wanita dan Sari adalah nama wanita yang disanjung tinggi.

- 0

- 1023
MUZIK ASLI

Muzik Asli merupakan muzik yang terdengar sayup, mendayu atau sedih. Ia mempunyai tempo yang perlahan, bunyi muziknya juga perlahan dan lembut. Lirik dalam lagu-lagu asli ini lazimnya menggunakan pantun yang berkait dengan sejarah lama seperti lagu Seri Mersing, Siti Payung dan Laksamana Mati Dibunuh. Ada juga yang berkenaan dengan cinta seperti lagu Selasihku Sayang dan Gurindam Jiwa.

Penyanyi atau pemain violin memainkan peranan yang penting dalam persembahan lagu-lagu asli. Penyanyi atau pemain violin itu akan menyanyikan atau memainkan melodi utama sambil diiringi oleh alat-alat muzik yang lain, seperti rebana. Lagu asli tidak senang untuk dinyanyikan kerana ia memerlukan penguasaan suara dan teknik nyanyian serta pernafasan yang betul. Nyanyian lagu Melayu Asli menggunakan rangkap pantun Melayu sebagai lirik bagi menyampaikan maksud dan kandungan lagunya.

- 10
- 2138
TARIAN MANSAYAU

Mansayau adalah tarian tradisional bagi masyarakat etnik Murut dari suku Nabai yang kebanyakannya mendiami daerah Keningau meliputi kawasan Kampung Tuarid Tauf, Tuarid Liawan, Debulat, Masak dan Patikang Laut. Tarian ini diinspirasikan daripada gerakan burung yang beterbangan di atas awan. Pada asalnya, Mansayau adalah sebahagian daripada upacara ritual penyembuhan bagi mereka yang sakit. Setelah upacara selesai, tradisi minum Tapai biasanya diadakan sebagai simbolik penutup ritual tersebut. Pada masa itu, semua yang hadir akan menarikan tarian Mansayau sebagai tanda kesyukuran kepada nenek moyang atas perlindungan mereka dan memohon untuk dijauhkan daripada penyakit yang berbahaya.

- 5

- 2605
LAYANG MAS PERLIS

Tarian Layang Mas merupakan salah satu tarian tradisional istana yang berasal dari negeri Perlis. Tarian ini mempunyai nilai sejarah yang unik kerana dikatakan tercipta semasa zaman penghantaran Ufti Bunga Emas oleh Raja Perlis kepada Raja Siam, sewaktu negeri Perlis berada di bawah naungan Kerajaan Siam. Proses penghantaran tersebut dilakukan dengan menaiki gajah, dan dalam perjalanan inilah seorang gembala gajah yang dikenali sebagai Tuk Jambul bersama rakannya Ecan telah mencipta sebuah lagu yang dinamakan Layang Mas.

Sekembalinya mereka dari Siam, kedua-dua individu ini mencipta pula satu bentuk persembahan tari yang diilhamkan daripada lagu tersebut, dan lahirlah Tarian Layang Mas. Tarian ini kemudiannya menjadi salah satu daripada rangkaian tarian Terinai, iaitu satu bentuk tarian istana yang terkenal dengan gerakan gemalai dan simbolik.

Gerakan tarian Layang Mas menonjolkan keindahan pergerakan tangan yang melenggang dan melayang, diiringi pusingan lembut serta gerak bahu dan pinggul yang tersusun. Selendang panjang yang digunakan dalam tarian ini diikat di pinggang dan dipegang dengan ibu jari serta jari telunjuk, menggambarkan seolah-olah sayap seekor burung yang sedang terbang. Keindahan visual ini memperkukuh simbolik kelembutan, kemuliaan, dan keanggunan wanita, justeru tarian ini secara eksklusif ditarikan oleh penari wanita sahaja.

- 5
- 3955
TARIAN KIPAS BESAR

Tarian Kipas Besar merupakan salah satu tarian tradisional yang unik dan berasal dari negeri Kedah, mencerminkan kehalusan seni dan budaya Melayu. Tarian ini dipercayai berkembang pada era Kesultanan Kedah sebagai salah satu bentuk hiburan istana dan lambang kemewahan kebudayaan tempatan. Keistimewaan Tarian Kipas Besar terletak pada penggunaan kipas besar sebagai alat prop utama, yang dimainkan dengan gerakan yang anggun dan tersusun untuk menggambarkan keindahan alam serta kesopanan budaya Melayu. Gerakan tarian ini sering diiringi muzik tradisional seperti gamelan atau alat-alat muzik lain seperti gendang dan serunai, menambahkan suasana elegan dalam persembahan.

Dari segi sejarah, tarian ini sering dikaitkan dengan majlis rasmi dan upacara istiadat diraja, tetapi kini ia telah diperkenalkan kepada khalayak umum melalui festival budaya dan program pelancongan di Kedah. Gerak tari Tarian Kipas Besar ini diambil daripada gerakan seni mempertahankan diri Melayu iaitu pencak silat. Tarian ini hanya ditarikan oleh wanita. Keunikan tarian ini adalah pada penggunaan kipas besar dan selendang panjang yang menjadi prop utama.

- 0
- 2122