Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
ALAT MUZIK SEKAFI ETNIK LUNDAYEH DI SABAH
Seni Persembahan >Muzik
Gambar
0
Video
tiada
Pelawat Hari ini
47
Jumlah Pelawat
1093
Pengenalan dan sejarah
Sekafi merupakan sebuah peralatan muzik jenis kordofon dan mempunyai bentuk seperti gambus tetapi lebih kecil berbanding muzik Sape di Sarawak. Ukuran badannya agak panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu khas bagi menghasilkan bunyi yang merdu. Sekafi hanya mempunyai tiga (3) fret dan amat mudah untuk dikendalikan sekiranya mempunyai asas bermain gitar. Alunan merdu petikan alat muzik ini biasanya diiringi oleh tarian ‘alai sekafi’ oleh masyarakat Lundayeh di sini. Sering dipentaskan ketika sambutan hari kebesaran dan perayaan oleh masyarakat di sini.
Pada asalnya, alat muzik Sape ini dimainkan untuk upacara ritual dirumah panjang. Namun setelah mengalami perubahan masa, ia telah berubah menjadi alat muzik untuk hiburan dan kegiatan sosial seperti iringan untuk tarian tradisional etnik Kepulauan Borneo seperti Ngajat dan Datun Julud .
Suku kaum Lundayeh merupakan kaum minoriti di Sabah dan kurang dikenali kerana mereka termasuk dalam sub-etnik di bawah kategori etnik 'Murut' di Sabah. Dalam perangkaan rasmi, penduduk Lundayeh telah diklasifikasikan sebagai 'Murut Lundayeh' di bawah kategori 'Bumiputra Lain-lain'. Setakat ini terdapat beberapa kajian berkenaan etnik ini yang dilakukan oleh Jay Bouton Crain mengenai beberapa aspek antropologi budaya, seperti rumah panjang (1970); perkahwinan dan organisasi bertani (1963); ritual bertani (1976); sistem bertani padi sawah (1993) dan; permasalahan konstruksi pengetahuan masa lampau dan kini terhadap pengkajian tentang Lundayeh (2000).
Sejak dahulu lagi suku kaum Lundayeh di Sabah telah menetap di pinggir Sipitang, Melamam, Bamban, Mendolong, Batu Nuduk, Long Mio dan Kampung Baru Jumpa. Mereka mewarisi keindahan warisan budaya yang tersendiri termasuklah permainan alat muzik Sekafi yang jarang persembahankan di tempatan atau antarbangsa. Peralatan muzik ini merupakan jenis muzik ‘kordofon’ dan mempunyai bentuk seperti gambus tetapi lebih kecil berbanding muzik sape di Sarawak. Saiznya berbentuk hampir empat segi dan diperbuat daripada kayu khas untuk menghasilkan bunyi yang merdu. Sekafi hanya mempunyai tiga (3) senar (fret) dan amat mudah untuk dikendalikan sekiranya mempunyai asas dalam bermain alat muzik gitar. Alunan merdu petikan alat muzik Sekafi ini biasanya mengiringi tarian ‘Alai Sekafi’ semasa persembahan tarian berkenaan terutama ketika majlis-majlis keraian.
permasalahan konstruksi pengetahuan masa lampau dan kini terhadap pengkajian tentang Lundayeh (2000).
Sejak dahulu lagi suku kaum Lundayeh di Sabah telah menetap di pinggir Sipitang, Melamam, Bamban, Mendolong, Batu Nuduk, Long Mio dan Kampung Baru Jumpa. Mereka mewarisi keindahan warisan budaya yang tersendiri termasuklah permainan alat muzik Sekafi yang jarang persembahankan di tempatan atau antarbangsa. Peralatan muzik ini merupakan jenis muzik ‘kordofon’ dan mempunyai bentuk seperti gambus tetapi lebih kecil berbanding muzik sape di Sarawak. Saiznya berbentuk hampir empat segi dan diperbuat daripada kayu khas untuk menghasilkan bunyi yang merdu. Sekafi hanya mempunyai tiga (3) senar (fret) dan amat mudah untuk dikendalikan sekiranya mempunyai asas dalam bermain alat muzik gitar. Alunan merdu petikan alat muzik Sekafi ini biasanya mengiringi tarian ‘Alai Sekafi’ semasa persembahan tarian berkenaan terutama ketika majlis-majlis keraian.
berbanding alat muzik ’Sekafi’. Dalam masa yang sama alat muzik ini tidak mempunyai melodi atau nada khas sebagai panduan kepada pemainnya dan hanya bergantung kepada naluri pemuzik itu sendiri. Ketika itu, ia hanya dimainkan bagi tujuan berhibur bersama kawan-kawan diwaktu waktu lapang selepas penat bekerja. Setelah mereka mula berjumpa dan bergaul dengan suku kaum yang lain, ’Sekafi’ telah diperkenalkan bagi menggantikan Tafe’. Menurut suku kaum ini, ’Sekafi’ boleh dikatakan sebagai sebuah alat muzik yang lebih sempurna dalam aspek struktur dan penghasilan nada berbanding dengan Tafe’.
Sejak dahulu lagi, fungsi utama alat muzik Sekafi adalah untuk mengiringi tarian tradisional suku kaum Lundayeh. Tarian-tarian yang sering menggunakan petikan merdu alat muzik ini adalah ketika mereka membuat persembahan tarian Alai Sekafi. Tarian ini pula terbahagi kepada tiga jenis iaitu tarian ’Susui Bangar’, ’Sang Dun’ dan ’Sekafi Fakit’. Ketiga-tiga tarian suku kaum Lundayeh ini mempunyai rentak tari yang berbeza dan dipersembahkan ketika majis-majlis tertentu sahaja.

Kebiasaannya tarian ’Susui bangar’ ditarikan oleh tujuh hingga lapan orang penari wanita dan seorang penari lelaki. Tarian ini biasa ditarikan ketika mereka meraikan sambutan tetamu dan majlis perayaan suku kaum ini. Sementara itu tarian ’Sang Dun’ akan ditarikan oleh seorang penari wanita yang menari diatas sebuah gong besar bagi melambangkan perasaan sedih dan kesepian seorang anak yatim. Walau bagaimanapun, kadang-kadang tarian ini boleh ditarikan bersama dua orang penari lelaki bagi mengisahkan tentang kisah cinta anak yatim tersebut.
Menurut sejarah, alat muzik ini merupakan alat bertali yang paling awal yang dimainkan oleh suku kaum Lundayeh dan dikenali sebagai Tafe’ atau ’Takung’. Namun begitu, alat muzik Tafe’ ini hanya mempunyai dua (2) tali senar sahaja dan saiznya agak kecil dan tirus berbanding dengan ’Sekafi’. Bentuk badan alat muzik ini pula agak segiempat sama dan dibahagian belakangnya ditebuk untuk memberi kesan dengungan.
Peralatan muzik ini merupakan jenis muzik ‘kordofon’ dan mempunyai bentuk seperti gambus tetapi lebih kecil berbanding muzik sape di Sarawak. Saiznya berbentuk hampir empat segi dan diperbuat daripada kayu khas untuk menghasilkan bunyi yang merdu. Sekafi hanya mempunyai tiga (3) senar (fret) dan amat mudah untuk dikendalikan sekiranya mempunyai asas dalam bermain alat muzik gitar. Alunan merdu petikan alat muzik Sekafi ini biasanya mengiringi tarian ‘Alai Sekafi’ semasa persembahan tarian berkenaan terutama ketika majlis-majlis keraian.
Keunikan ’Sekafi’ mudah dikenali kerana memiliki ciri-ciri tersendiri seperti hanya mempunyai hanya tiga tali senar (fret) yang diperbuat menggunakan dawai tembaga. Sementara itu, badannya diperbuat daripada jenis kayu yang lembut seperti batang pokok nangka. Permukaan alat muzik ’Sekafi’ pula akan diwarnakan dengan corak khas yang mencerminkan identiti suku kaum ini sendiri. Tiga pemegang tali senar pula diperbuat menggunakan jenis kayu yang keras seperti poko ’belian’. Sementara itu hujung batangnya akan dibelah bagi tujuan untuk mengikat tali dawai di brek basikal dan memudahkan kerja-kerja pemasangan.
Sumber Rujukan
Encik Nelson Bin Pengilan@Pengiran, Tokoh Penggiat Budaya & Pemain Sekafi
Puan Quiren Salam, Pejabat Mahkamah Anak Negeri Kemabong
Puan Joyce Binti Andolok @ Ontolk, Jabatan Muzium Sabah
Encik Hasrizel Vui Nyun San (Pembuat Sekafi)
Simeon, J. J. C., On, L. K., Baxter, I. S., Saudik, M., Ahmad, S., & Suan, C. L. (2017). Traditional Musical Instruments and Dance Music of the Lundayeh of Sabah. Wacana seni Journal of Arts Discourse, 16.
Chong, L. S. (2015). Gong and Sekafi Dances of Lundayeh in Kemabong, Sabah: a way to understand the nature of Lundayeh.
Chong, L. S. (2015). International Journal of Administration and Governance.
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Pegawai Kebudayaan