TARIAN AYAM DIDIK

Seni Persembahan >Tarian

Gambar

9

Video

tiada

Pelawat Hari ini

10

Jumlah Pelawat

27

Pengenalan dan sejarah

Tarian Ayam Didik tercipta daripada gerakan perlawanan melaga ayam, iaitu satu permainan tradisional orang Melayu dahulu. Tarian ini dicipta oleh satu kumpulan penari di Kangar, Perlis dan berkembang di negeri-negeri utara terutama di Kedah. Lagu Ayam Didik merupakan lagu yang mengiringi tarian ini.

 

Ayam Didik juga  merupakan gelaran kepada ayam yang dipelihara dan dimanja-manjakan oleh tuan yang menjaganya. Demikian juga unsur tarian ini iaitu tarian yang memperlihatkan kemesraan para penarinya. Tarian yang digandingkan dengan lagunya 'Ayam Didik' ini diiringi muzik asli dengan menggunakan alatan gong, gendang dan biola. 'Ayam Didik' merupakan sebuah tarian yang rancak. Ketika menari, para penarinya saling bergurau-senda dan cuba memikat antara satu sama lain. Seperti tarian Canggung, tarian ini juga sering berbalas-balas pantun. Pantun-pantunnya lebih memberatkan soal kasih sayang dan kemesraan. Tarian dan nyanyian 'Ayam Didik' sebenarnya saling bersama dalam persembahan Canggung, dipersembahkan ketika musim menuai padi atau di majlis-majlis perkahwinan dan keramaian sebagai hiburan kepada para tetamu. Antara bait pantunnya seperti berikut:



Manatah dia didikku tadi,

Padinya tumpah di depan tangga;

Manalah dia adikku tadi,

Adikku dok ada di depan mata.


Fungsi dan Peranan

Dipersembahkan ketika musim menuai padi, di majlis-majlis Perkahwinan dan keramaian sebagai hiburan.

Busana/ Aksesori

Ayam Didik merupakan gerak tari tarian rakyat yang pada asalnya menggambarkan keseronokan gerak dalam permainan melaga ayam. 

Maka itu, penari lelaki dan wanita memakai busana berpesta dengan warna riang. 

Penari lelaki memakai baju pendek bercorak yang dipadankan dengan seluar paras betis.

Kelengkapan lain ialah kain samping batik, ikat pinggang dan ikat kepala. 

Penari wanita pula memakai baju kebaya pendek yang dipadankan dengan kain batik sarung diikat senteng. 

Kelengkapan lain ialah ikat pinggang atau selendang dan penutup kepala.


Peralatan/ Bahan-Bahan

Gong

Gendang

Biola


Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Para penari saling bergurau-senda dan cuba memikat antara satu sama lain dengan berbalas pantun soal kasih sayang dan kemesraan

Gerakan asas dalam tarian ini ialah satu pasangan akan menghadap secara beradab dan menari melenggang-lenggok. Pada setiap perhentian lagu, seorang dari penari akan duduk sambil bertepuk tangan dan pasangan yang berdiri akan menari berpusing-pusing pada penari yang duduk itu.


Tokoh dan Pencapaian

Paklong Cin, Kumpulan Gendang Serima Gantung

Sumber Rujukan

htps://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/tarian-ayam-didik.html 

Ismail Hamid. 1988. Masyarakat dan budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.


Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Siti Rohayu binti Muhamad

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis Persiaran Wawasan Kangar 01000 Kangar PERLIS

019-504 0015

Kembali Ke Atas