Search Filters
Tapisan Carian

Keputusan Carian : [Adat Resam] 85

Susunan :

ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM MURUT SUKU TAHOL - ADAT KEMATIAN TRADISI TAJAU

Adat Resam

Suku Murut Tahol adalah kelompok sukuan yang terbesar dalam pecahan masyarakat etnik Murut. Suku ini berasal dari penempatan di Sungai Tahol yang terletak di Pensiangan sebelum berhijrah ke kawasan lain seperti daerah Tenom, Sapulut dan Nabawan. Mereka sering memperkenalkan diri mereka sebagai Ulun Tahol yang bermaksud orang Tahol.

Sehingga kini, sebahagian besar suku Murut Tahol telah menganut agama Kristian sebagai pegangan utama mereka. Namun demikian, masih terdapat kelompok kecil dalam kalangan mereka yang tetap berpegang kepada kepercayaan animisme (pagan). Meskipun suku ini telah menganut agama masing-masing, mereka terus memelihara dan mengamalkan adat serta tradisi nenek moyang yang tidak bercanggah dengan ajaran agama. Salah satu tradisi yang masih diamalkan ialah adat kematian yang memiliki sistem adat dan struktur kepercayaan unik serta mencerminkan identiti budaya yang kaya serta kekuatan nilai komuniti mereka.

Erti kematian dalam suku Murut Tahol adalah merujuk kepada sesuatu musibah yang memilukan kerana, mereka percaya si mati akan meneruskan kehidupan bersendirian. Dari satu sudut yang lain, kematian menurut mereka adalah satu hal yang misteri kerana tidak ada sesiapa yang mengetahuinya dengan jelas tentang perjalanan sebenar si mati di alam yang berlainan. Hal ini kerana, kematian dalam konteks falsafah kehidupan mereka terbahagi kepada dua iaitu kematian yang baik dan kematian yang tidak baik.

Kematian yang baik ialah kematian dalam keadaan tidur dengan mata dan mulut yang tertutup dengan rapat. Kematian yang tidak baik pula ditandai oleh kesakitan yang amat sangat dan diiringi oleh jeritan yang kuat ketika meninggal. Bagi mereka, jeritan yang kuat tersebut berhubungan dengan semangat jahat yang mengganggu manusia sebelum menemui ajalnya.

Oleh yang demikian, mereka percaya bahawa cara kematian seseorang ini adalah berhubungan dengan kehidupannya sebelum ini. Jika seseorang itu dinilai dengan baik semasa hayatnya, maka kematiannya adalah dipermudahkan. Jika sebaliknya, maka kematiannya akan menjadi sukar dan sulit serta mengerikan. Justeru, untuk memastikan roh si mati tenang menuju alam abadi, suku Murut Tahol amat berpegang kepada prinsip amalan tradisi dalam proses pengurusan kematian  seperti dalam sistem amalan adat warisan mereka.

• 1

• 5134

ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM TIDUNG – ADAT PASAK INDUNG ATAU NAIK BUAI

Adat Resam

Adat Pasak Indung merupakan salah satu tradisi unik masyarakat etnik Tidung di Sabah. Etnik ini kebanyakannya mendiami wilayah pesisir pantai dan kawasan pedalaman di daerah Tawau, Kalabakan, Sebatik, dan Lahad Datu. Mereka terkenal dengan kekayaan budaya, bahasa, seni, dan adat resam yang diwarisi turun-temurun. Sebagai masyarakat yang mengutamakan nilai kekeluargaan dan perpaduan, adat Pasak Indung mencerminkan kepercayaan tradisional dan penghormatan terhadap anugerah kehidupan iaitu zuriat anak yang menjadi intipati penting dalam sistem sosial dan budaya mereka.

Adat Pasak Indung merujuk kepada upacara untuk meraikan kelahiran bayi dalam sesebuah keluarga. Adat ini biasanya dilakukan apabila bayi mencapai usia tujuh (7) hari, iaitu ketika ibu bayi masih berada dalam tempoh berpantang. Tradisi ini melambangkan kegembiraan dan rasa syukur atas kelahiran seorang anak yang dianggap sebagai rezeki serta pembawa tuah kepada keluarga dan sebagai simbolik menamatkan tempoh berpantang si ibu. Amalan ini lazimnya diadakan dalam tempoh usia bayi antara tujuh (7) hingga 27 hari dan dalam beberapa keadaan tertentu, ada yang melaksanakannya sehingga bayi berusia tiga (3) bulan.

• 5

• 1394

ADAT MANDI TIAN

Adat Resam

Mengikut adat Melayu, apabila isteri mengandung genap tujuh bulan maka dilakukan upacara kepercayaan adat mandi tian atau kirim perut oleh Tok Bidan, yang bukannya wajib dalam Islam. Mandi ini dipercayai bertujuan menyelamatkan wanita yang pertama kali mengandung.

• 0
• 1566

ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM SULUK: ADAT PERKAHWINAN

Adat Resam

Etnik Suluk merupakan salah satu kumpulan etnik utama yang terdapat di negeri Sabah, khususnya di kawasan pantai timur meliputi daerah Semporna, Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Sandakan serta kawasan pantai barat khusunya di daerah Kudat. Etnik ini berasal dari Kepulauan Sulu di Filipina di mana ia mempunyai sejarah migrasi yang panjang serta hubungan erat dengan masyarakat tempatan di Borneo. Masyarakat Suluk di Sabah terkenal dengan budaya maritim mereka, yang mana kehidupan mereka banyak dipengaruhi oleh aktiviti perikanan dan perdagangan laut. Selain itu, mereka juga dikenali dengan tradisi adat resam yang kaya, termasuk upacara perkahwinan, seni tarian Pangalay, serta keunikan bahasa dan kesusasteraan lisan yang masih diamalkan hingga kini. Agama Islam menjadi teras kepada identiti etnik ini, di mana elemen agama dan adat disepadukan dengan harmoni dalam setiap aspek kehidupan mereka, menjadikan etnik Suluk sebagai salah satu kumpulan etnik yang signifikan dalam landskap kebudayaan di Sabah (Kee Sabariah Kee Mohd Yussof & Asmiaty Amat, 2012).

• 3

• 3897

ADAT MEMADAH

Adat Resam

Memadah merupakan satu adat yang diamalkan di Kelantan untuk tujuan menjemput individu hadir ke majlis atau upacara yang dijalankan. Adat memadah diaplikasikan secara meluas dalam kehidupan di Kelantan terutama dalam jemputan perkahwinan. Memadah merupakan suatu interaksi sosial masyarakat Melayu Kelantan untuk memberitahu sanak saudara jauh dan dekat, jiran tetangga dan seluruh masyarakat kampung akan tarikh perkahwinan yang akan dilangsungkan. Ibu bapa bakal pengantin akan memadah tetamu yang ingin dijemput sebulan awal dari tarikh majlis perkahwinan.

Kebiasaannya, jemputan ke majlis perkahwinan dilakukan dengan dua cara, iaitu melalui undangan lisan atau jemputan kad. Dalam kalangan masyarakat Melayu Kelantan, mereka yang dijemput untuk hadir ke majlis perkahwinan disebut sebagai 'kena', manakala mereka yang tidak dijemput disebut sebagai 'tidak kena'. Lazimnya, ibu bapa pengantin perempuan akan menjemput seluruh penduduk kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan anak mereka, kecuali jika tuan rumah yang ingin dijemput tidak berada di rumah pada waktu jemputan dibuat.

Selain daripada majlis perkahwinan, adat memadah juga digunakan untuk menjemput sebarang aktiviti dan acara dengan kaedah halus dan penuh adab.

• 1

• 1339

ADAT MENITIK MATA SINGA

Adat Resam

Adat resam Menitik Mata Singa dalam Tarian Singa adalah salah satu tradisi kaum Cina yang dipersembah terutamanya pada musim-musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, ketika majlis-majlis kebudayaan, keagamaan, perasmian rumah atau kedai baru, serta perkahwinan. Terdapat dua jenis tarian Singa iaitu Singa Utara dan Singa Selatan. Di Malaysia, tarian Singa Selatan menjadi pilihan kerana ia lebih dikenali dan membawa kegembiraan dalam majlis keramaian.

Kebiasaannya, tujuan adat Menitik Mata Singa diadakan adalah untuk membawa tuah atau ‘ong’ dan mengelakkan bala menimpa persembahan Tarian Singa yang diadakan sempena acara perasmian, perayaan dan sebagainya.Kebiasaannya, adat Menitik Mata Singa ini dilakukan sempena sambutan perayaan dan juga ketika majlis perasmian perniagaan kaum Cina bagi mengundang tuah dan keuntungan nasib.

Adat Menitik Mata Singa merupakan satu adat-istiadat untuk membangkitkan semangat singa, membawa ong yang baik, memanggil kemewahan, kesihatan, keharmonian dan kebahagian serta menghalau kejahatan.

• 15
• 1596

ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT INDIA: MENGANDUNG.

Adat Resam

Orang India Malaysia ialah warganegara Malaysia yang berketurunan India. Sebilangan besar daripada mereka berhijrah ke Malaysia semasa era penjajahan British di Tanah Melayu. Namun, bukti sejarah menunjukkan bahawa kaum India telah mula menetap di Malaysia sejak zaman kegemilangan Dinasti Chola. Pada masa kini, mereka merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan Cina. Selain itu, mereka juga mempunyai adat resam dan budaya tersendiri, seperti adat untuk wanita hamil hingga kelahiran anak.

• 1

• 2874

ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM BRUNEI: ADAT PERTUNANGAN

Adat Resam

Dalam menuju alam pekahwinan, masyarakat etnik Brunei di negeri Sabah mempunyai tatacara adat dan proses yang perlu dilakukan bermula dari proses merisik sehinggalah ke majlis persandingan. Namun begitu salah satu komponen yang paling penting menuju proses tersebut adalah adat pertunangan. Proses pertunangan adalah suatu adat yang penuh dengan simbolik dan tatacara yang tersusun.

Sebelum adat pertunangan dijalankan, lawatan ke rumah pihak perempuan untuk urusan pertunangan biasanya dilakukan berkali-kali. Ia bermula dengan pelaksanaan adat merisik yang bermaksud menyiasat dengan lebih dekat tentang kedudukan seorang perempuan itu sama ada sudah berpunya atau sebaliknya. Setelah mempunyai maklumbalas yang positif, pihak lelaki akan bertandang sekali lagi ke rumah pihak perempuan untuk melakukan proses kedua iaitu Adat ‘Bajarum’, bermaksud meminang dan membina kata muafakat serta kesepakatan untuk menjalankan majlis adat pertunangan. Kedua-dua proses ini akan dijalankan terlebih dahulu agar adat pertunangan yang dirancang oleh kedua-dua belah pihak berjalan lancar tanpa sebarang bantahan.

• 5

• 1742

ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT MELAYU: ADAT MENURUNKAN PUKAT BAHARU

Adat Resam

Adat menurunkan pukat baharu adalah salah satu upacara tradisional yang dilakukan oleh masyarakat Melayu, khususnya nelayan, yang berfungsi untuk memohon keberkatan dan keselamatan sebelum mereka memulakan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat baharu. Adat ini merupakan sebahagian daripada proses permulaan musim tangkapan ikan dan sangat penting dalam menjaga hubungan baik antara nelayan, laut, dan alam sekitar.

• 0

• 942

ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM ORANG SUNGAI DI BELURAN: ADAT PERKAHWINAN

Adat Resam

Orang Sungai di Beluran merupakan salah satu daripada 30 suku atau sub-etnik Orang Sungai di Sabah. Etnik yang menetap di daerah Beluran ini majoritinya adalah beragama Islam. Namun begitu, terdapat kelompok Orang Sungai di Beluran ini masih mengamalkan kepercayaan animisme berikutan mereka dipercayai sebagai salah satu pecahan etnik Kadazan-Dusun.

Etnik ini memiliki adat resam yang kaya, sama seperti suku kaum lain di Sabah. Namun, bagi masyarakat Orang Sungai yang beragama Islam, beberapa adat yang bertentangan dengan ajaran agama telah diubah atau dihapuskan selaras dengan proses asimilasi budaya Melayu. Proses ini melibatkan pengadaptasian amalan seperti perkahwinan, berkhatan, akikah, dan lain-lain.

Oleh itu, tidak menghairankan jika adat resam Orang Sungai kini mempunyai banyak persamaan dengan adat masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia. Ditambah pula dengan budaya yang dipengaruhi oleh perkahwinan campur telah menyumbang kepada penggabungan dan evolusi elemen budaya mereka. Walau bagaimanapun, beberapa adat tetap dikekalkan sebagai warisan dan panduan untuk generasi akan datang, khususnya dalam konteks adat perkahwinan.

• 1

• 2832

ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM RUNGUS: ADAT PERSIAPAN PENANAMAN BENIH PADI

Adat Resam

Etnik Rungus yang majoritinya mendiami daerah Kudat, Kota Marudu dan Paitan di negeri  Sabah adalah merupakan masyarakat petani tradisional yang bergantung kepada aktiviti pertanian sebagai sumber utama kehidupan mereka. Aktiviti pertanian ini dikenali sebagai ‘Mutagad Om Motungo’, iaitu kegiatan berladang atau berkebun mengikuti kitaran musim tertentu yang bermula pada bulan Julai dan berakhir pada April tahun berikutnya. Proses ini dimulakan dengan pembersihan atau pembukaan tanah pada bulan Julai, diikuti dengan penebangan pokok pada bulan Ogos. Pokok-pokok yang ditebang kemudiannya dibiarkan kering selama satu bulan sebelum dibakar pada bulan Oktober. Proses Pembakaran ini menandakan permulaan musim penanaman  padi yang sesuai.

Sebagai sebuah etnik agraria yang mempunyai adat resam dan nilai budaya tinggi, aktiviti ‘Mutagad Om Motungo’ ini mempunyai amalan pantang larang yang khusus terutamanya ketika memulakan aktiviti pertanian. Hal ini adalah sebagai simbol meraih kesyukuran dan persembahan kepada ‘Bambazon’ iaitu semangat padi agar memberkati dan memeliharan hasil tanaman padi mereka daripada rosak atau tidak membuahkan hasil. Oleh yang demikian, satu adat ritual yang dikenali dengan nama ‘Mangatod’ atau ‘Patod’ akan dijalankan sebelum aktiviti membuka tanah oleh petani dilakukan.

• 1

• 2187

ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT BANJAR BAGAN SERAI, PERAK: BAPUKUNG ATAU PUKONG

Adat Resam

Bapukung atau Pukong merupakan salah satu adat tradisional menidurkan atau mendodoikan bayi dalam masyarakat Melayu Banjar yang sarat dengan nilai budaya dan keagamaan. Adat ini popular dalam kalangan masyarakat Melayu Banjar yang kebanyakannya menetap di daerah Bagan Serai, Perak dan kekal diamalkan sehingga ke hari ini. Dalam amalan ini, bayi ditidurkan dalam posisi duduk dengan badan diikat kemas menggunakan kain hingga ke paras tengkuk, manakala kedua-dua kakinya dibiarkan terlunjur keluar dari buaian. Semasa buaian diayun, sekumpulan pendendang yang terdiri daripada wanita akan akan mendendangkan Lagu Bapukung dalam dialek Banjar, diselang-seli dengan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

• 6
• 1957