TERATAK ZA'BA

Teratak Za’ba ini telah siap dibina
pada tahun 2001. Teratak ini telah diisi dengan artifak dan penerangan tentang
Za’ba atau nama sebenar beliau Pendeta Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad.
Teratak ini telah dirasmikan pada 5 Februari 2001 oleh YAB Dato’ Seri Utama Tan
Sri Haji Isa bin Abdul Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Teratak Za’ba terletak di Kampung
Bukit Kerdas, Batu Kikir. Ruangan galeri pameran Teratak Zaba ini banyak
mempamerkan peralatan menulis beliau seperti pen, kertas, pemadam , buku-buku
sejarah, replika anugerah-anugerah yang diterima, Sementara itu di ruang
perpustakaan pula menempatkan kiosk multimedia untuk orang ramai mendapatkan
maklumat yang lebih terperinci mengenai Za'ba, hasil karya dan buku-buku yang
dihasilkan oleh tokoh itu.
Ruang belakang pula dijadikan
perpustakaan mini yang mengandungi salinan buku-buku karangan Za'ba untuk
murid-murid sekolah dan penuntut-penuntut pengajian tinggi. Persekitaran dalam
dan luar Teratak Za'ba sengaja digarap sedemikian rupa bagi mengembalikan
nostalgia kehidupan Za'ba dari tahun 1895 hingga 1973 untuk tatapan para
pengunjung.