MUZIUM WARISAN CINA NEGERI SEMBILAN

MUZIUM WARISAN CINA NEGERI SEMBILAN

Muzium Warisan Cina telah ditubuhkan pada 16 April 2021. Muzium ini menyimpan sejarah masyarakat orang Cina di Negeri Sembilan dan sumbangan mereka kepada pembangunan Negeri Sembilan.

Muzium ini mempunyai keluasan seluas 2,000 kaki persegi terletak di Tingkat 2, Bangunan Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan. Muzium ini mempunyai 14 bahagian yang mempamerkan sejarah mengenai transformasi dalam masyarakat Cina yang berkaitan dengan politik, budaya, ekonomi, pendidikan dan organisasi.

Muzium ini juga mempunyai koleksi 200 gambar, 60 artikel, 14 inskripsi, 2 set peta, 15 artikel berita, 3 poster filem dan 4 setem yang telah dikeluarkan pada zaman penjajah. Di samping itu, muzium ini turut menggunakan persembahan multimedia untuk memaparkan beberapa peristiwa bersejarah.

016-2523177

No. 13, Jalan PKL 1,

Pusat Komersial Lobak,

70200 Seremban,

Negeri Sembilan