MUZIUM REMBAU

MUZIUM REMBAU

Muzium Rembau dibina sempena mengingati kembali akan reka bentuk asal Istana Raja Melewar yang pernah didirikan di tapak asal ini. Projek pembangunan replika Istana Raja Melewar telah bermula pada tahun 2000 dan siap sepenuhnya pada tahun 2002. Peruntukan pembangunan replika istana ini diperolehi daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Pembinaan muzium Rembau mengambil konsep senibina Rumah Tradisional Negeri Sembilan.

Bangunan ini telah diserahkan kepada Lembaga Muzium Negeri Sembilan oleh pejabat daerah Rembau bagi pengisian mengikut konsep dan objektif yang sesuai dengan latar belakang bangunan dan sejarah Rembau sendiri.

Konsep dan objektif pengisian adalah meliputi sejarah Rembau, asal-usul institusi pemerintahan YTM Undang Luak Rembau, ruang-ruang upacara adat, sejarah Raja Melewar dan perkara-perkara lain yang ada kaitan dengan sejarah Rembau khususnya dan Negeri Sembilan amnya. Selari dengan konsep pengisiannya Lembaga Muzium Negeri Sembilan telah mencadangkan nama bangunan ini sebagai Muzium Rembau Kompleks Replika Istana Raja Melewar. Kemudian pada tahun 2015 nama Replika Istana Raja Melewar kini kekal sebagai Muzium Rembau.

06-7631149

Lembaga Muzium Negeri Sembilan,

Jalan Sungai Ujong,

70200 Seremban,

Negeri Sembilan