MUZIUM NEGERI

Muzium Negeri Sembilan telah
ditubuhkan pada tahun 1953 laitu apabila Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
Yang Ke-8, Tuanku Abdul Rahman memberikan kebenaran supaya Istana Ampang Tinggi
Kuala Pilah dipindahkan ke Taman Bunga di Jalan Dato' Hamzah, Seremban dan
dijadikan sebagal Muzium Negeri. Pada mulanya ia terletak di Taman Bunga
Seremban. Oleh kerana lokasi taman bunga tidak sesuai, Muzium Negeri telah dipindahkan
ke Kompleks Taman Seni Budaya di Jalan Sungai Ujong pada tahun 1984. Ditubuhkan
mengikut Enakmen No.5 tahun 1956 (pindaan 1992) dengan pengerusi dan tujuh
orang ahli jawatankuasa yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Bagi Tempoh
1996-2003, Lembaga Muzium Negeri dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Haji
Abdul Samad bin Idris. Enakmen ini diwujudkan berikutan pengisytiharan Istana
Ampang Tinggi sebagai Muzium Negeri oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
Yang Ke-8.
Pada 14hb, Julai 1986, Bangunan
Teratak Perpatih di kawasan Taman Seni Budaya telah diisytiharkan oleh YAB.
Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato Hj Abdul Samad sebagai Muzium
Negeri menggantikan bangunan Istana Ampang Tinggi.