PERMAINAN RAKYAT - TOR DUDUK

PERMAINAN RAKYAT - TOR DUDUK


Tor Duduk merupakan permainan rakyat di negeri Terengganu yang dikategorikan sebagai 'permainan laman'. Lazimnya, permainan ini dimainkan seramai lima (5) hingga lapan (8) orang pemain. Pemain akan membuat undian bagi memilih ‘Ibu’ yang berperanan mengejar ahli-ahli lain yang bertujuan mematikan atau mengalahkan pemain lain.

Pemain yang hampir disentuh ‘Ibu’ perlu menyebut ‘duduk’ dan membuat posisi duduk. ‘Ibu’ akan menyentuh dan mencuit pemain yang telah duduk. ‘Ibu’ akan mengejar ahli lain sehingga hanya tinggal seorang pemain sahaja. Sekiranya terdapat pemain yang disentuh oleh ‘ibu’ tanpa sempat duduk, maka pemain dianggap mati dan tidak boleh meneruskan permainan.

Pemain yang masih dalam permainan boleh menghidupkan pemain yang duduk atau mati dengan cara menyentuh mana-mana bahagian anggotanya. Ahli yang berjaya dicuit bolehlah bermain semula dan ‘ibu’ terpaksa mengejar semula.

Sekiranya semua pemain berjaya ditewaskan, maka permainan telah tamat dan permain pertama yang berjaya ditumpaskan akan menjadi ‘ibu’ untuk permainan seterusnya.

Sumber: Permainan Tradisional Negeri Terengganu, Terbitan Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

03-2614 8200

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Ibu Pejabat

Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34,

Lot 1001, Menara TH Perdana,

Jalan Sultan Ismail,

50250 KUALA LUMPUR.

Telefon         :  03-2614 8200