PAKAIAN TRADISIONAL ETNIK DUSUN LIWAN RANAU DAN KUNDASANG

Busana ini digayakan oleh etnik Dusun Liwan, daerah Ranau dan Kundasang ketika mempersembahkan Tarian Sumirid. Dahulunya tarian ini ditarikan ketika menyambut pahlawan yang balik dari berperang. Asas tarian ini dalah daripada aktiviti meleraikan biji padi dari tangkai menggunakan kaki yang di panggil Sumirid. Busana dari material kulit kayu serta fabrik hitam berjalur benang emas dan bulu burung sebagai sebahagian daripada aksesori yang menarik untuk digayakan.