PAKAIAN ADAT MINANG WANITA

Sehelai baju kurung moden yang dipakai daripada kain baldu dihiasi dengan sulaman benang emas, manik dan render dileher dan lengan. Dipadankan dengan kain songket jalur melintang atau kodek dengan ikatan Ombak Mengalun. Pakaian ini diserikan lagi dengan hiasan di kepala iaitu Tengkolok Tanduk. Inilah pakaian adat orang Minangkabau yang sangat terkenal di Negeri Sembilan.
Koleksi busana dan artikel oleh: Puan Rosidah Abdullah (Mantan Pengarah Muzium Tekstil Negara)