ENCIK RAZAK BIN SENIK @ POK JAK - Warisan Kebangsaan Tokoh Orang HIdup (WAKOH) 2018

Beliau dilahirkan pada 23 September 1951.
Beliau hanya mendapat pendidikan di peringkat sekolah rendah sahaja. Beliau
juga berniaga dan bermain muzik Rodat. Beliau juga boleh bermain muzik dan
menjadi Tok Dalang Wayang Kulit.
Beliau adalah Encik Razak bin Senik atau mesra dipanggil Pok Jak. Beliau satu-satunya tokoh dan penggiat seni rodat asli yang masih aktif dan telah diumum Warisan Kebangsaan Tokoh Orang Hidup (WAKOH) 2018 oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia. Kumpulan Rodat Surau Panjang Seri Terengganu, pimpinan beliau, telah menyertai pelbagai persembahan kesenian samada di peringkat negeri dan kebangsaan.
Beliau antara pengiat seni Rodat yang masih tinggal serta menjadi Ketua Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang mula bergiat ketika sekolah rendah berusia 14 tahun serta sering membuat persembahan rodat di majlis-majlis sambutan pembesar negeri dan pertunjukkan kebudayaan di Pesta Pantai, Pekan Budaya atau pelbagai persembahan kesenian anjuran Kerajaan Negeri Terengganu. Beliau pernah turut terlibat dalam pelbagai Festival Kesenian Negeri Terengganu , Pesta Malaysia, Majlis Sambutan Kongsi Raya dan Citrawarna Malaysia anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.
Beliau turut dilantik menjadi jurulatih muzik Rodat kepada Kelab Tunas Budaya di beberapa sekolah terpilih di bawah naungan pentadbiran Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Terengganu.