PERMAINAN PERAHU JONG

PERMAINAN PERAHU JONG


Perahu Jong merupakan permainan rakyat pesisir yang masih bertahan sehingga saat ini. Permainan Jong ini berasal dari Kepulauan Riau. Permainan ini banyak dimainkan oleh pemuda-pemuda di pulau-pulau di Kepulauan Riau.

Permainan rakyat ini biasanya dilakukan di kawasan pantai secara berkumpulan, biasanya masyarakat melakukan perlumbaan Perahu Jong dengan cara siapa yang sampai di pantai atau di darat terlebih dahulu, maka itulah yang menjadi pemenangnya.

Permainan Jong turut menjadi perhatian dan tarikan utama kepada penduduk di Johor suatu ketika dahulu,  khususnya di daerah Pontian dan Kota Tinggi yang merintis permainan tradisi ini. Untuk pembuatan perahu Jong, harus mempunyai kepakaran tersendiri, kerana perlu memililh kayu yang baik, antaranya kayu pulai kering.

Untuk mempercantik penampilannya, biasanya diwarnakan dengan cat pelbagai warna. Pembuatan perahu Jong juga perlu mempunyai kepakaran khusus, mesti bersabar dan teliti kerana jika ia tidak sempurna, maka perahu layar Jong akan berlayar tidak sekata yang menyebabkan tenggelam atau berlayar tetapi tidak berlayar secara tegak. Tempoh pembuatan satu perahu Jong, mengambil masa kira-kira dua minggu, tidak termasuk lukisan dan ritual kecil supaya perlumbaan dapat berjalan lancar. Apabila penghasilan Jong tidak tepat, perlayaran bot Jong tidak akan sempurna, mungkin pelayaran sentiasa bersandar atau senget ke kiri atau ke kanan.

Permainan Jong hanya digunakan untuk menghilangkan keletihan pada waktu petang selepas pergi ke laut, biasanya bermain perahu Jong adalah berkumpulan, dengan empat atau lima orang di pantai. 

Kerajaan Negeri Johor telah melakukan usaha untuk memulihara tradisi warisan permainan kapal layar Jong ini dengan menganjurkan pertandingan dan bengkel penciptaan perahu Jong ini. JKKN juga turut pernah menganjurkan seminar tentang ilmu pembuatan perahu layar Jong dan cara bermain permainan ini.


072248270

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor

Aras 6 Kiri Wisam Perkeso

No 26 Jalan Susur 5 Off Jalan Tun Abdul Razak

80200 Johor Bahru