PERGENDANGAN DHOL

PERGENDANGAN DHOL

Dhol adalah gendang laras bermuka dua yang kebanyakannya dimain sebagai alat pengiring untuk tarian punjabi tradisional ‘bhangra’ dan ‘giddha’. Dhol digunakan semasa perayaan musim menuai di kampung bagi meraikan kerja keras petani dan diiringi dengan tarian dan nyanyian. Dhol juga mempunyai banyak gaya irama seperti irama klasik, rancak dan mengikut kawasan kampung. Ia digunakan secara meluas dalam upacara kaum Punjabi, seiring dengan perkembangan zaman kini. Oleh itu, alat muzik Dhol telah berubah menjadi moden dari masa ke semasa. Dhol juga dimainkan dalam pelbagai genre terutamanya di Malaysia. Dhol mempunyai bunyi yang unik, kerana alat muzik tradisional ini yang diperbuat daripada kayu, loyang, kulit kambing, dan besi. Dentuman debaran bunyi Dhol juga telah berjaya memikat hati jutaan orang di India dan juga di negara Barat. Dhol dimainkan menggunakan dua batang kayu, biasanya terbuat dari kayu buluh dan pokok jambu. Kayu daripada pokok jambu digunakan untuk bermain untuk bunyi bass di satu sisi instrumen, dikenali sebagai ‘dagga’ dalam bahasa Punjabi yang berbentuk lengkungan atau suku bulat di hujung alat tersebut. Kayu buluh yang dikenali sebagai ‘tihli’ iaitu lebih tipis dan fleksibel untuk digunakan bagi memainkan note instrumen yang lebih tinggi.

012-2066316

Dhol Alliance

Lot 1, 11, Selayang Capital Complex

68100 Selayang 

(Encik S. Ravinder Jit Singh A/L Sowaran Singh)