ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT CINA PERANAKAN DI PULAU PINANG: MAJLIS PERKAHWINAN

Majlis perkahwinan Cina Peranakan banyak
mengetengahkan tradisi warisan kaum Cina yang berwarna-warni yang menyerupai
adat istiadat masyarakat Melayu.
Adat termasuk penggunaan tepak sirih yang melambangkan kesucian bakal pengantin wanita, serta mas kahwin yang perlu diserahkan kepada ibu bapa bakal pengantin wanita sebagai tanda penghargaan atas kesuciannya yang dijaga rapi. Turut menjadi adat ialah pertukaran cincin kedua-dua mempelai, hadiah atau hantaran, penggunaan bunga rampai dan setanggi. Majlis juga diserikan dengan lagu Dondang Sayang dalam Bahasa Melayu dan ditarikan oleh para hadirin ketika jamuan.
Upacara perkahwinan bagi golongan berada Cina Peranakan ini berturut-turut, manakala golongan biasa pula meraikannya pada hari pertama dan hari ke-12 sahaja.