TUAN HJ ISMAIL BIN JAMJAM @ZAMZAM

Tuan Haji Md Ismail Bin Jamjam @ Zamzam
merupakan seorang penulis yang cukup aktif di negeri Johor. Beliau aktif berkarya sehingga kini. Antara genre
penulisan ialah puisi, novel, drama, cerpen, buku teks dan lirik lagu. Hasil-hasil penulisan beliau
adalah seperti AntologI
Puisi (Perempuan
Yang Kutemui – Antologi Puisi PPJ (1973), Merentas Lima Dasawarsa (Antalogi
Puisi Pilihan 1960-2015) ITBM KL (2017) serta Rakaman Ombak
(2019)
Beliau turut menghasilkan lebih 25 Antologi
Puisi Bersama dengan
tajuk-tajuk seperti Sayang Adik Sayang – DPB (1975), Kumpulan Sajak –
Sajak Pemenang Hadiah Sastera 1971 – 1973 DBP (1976), Nyanyian Wau – DBP (1987), Lukisan Zaman –
Marwilis (1991), Malaysia
Dalam Puisi – DBP (1988 & 1991), Gurindam Alam – Masa Ent. (1995), 100 Sajak
Malaysia – Tra – Tra (1984), Kasut Hitler – Utusan Puclication (1996) serta Manggar – Manggar
Kemerdekaan (Yayasan Warisan Johor) – 2007.
Di samping itu, beliau turut
menghasilkan novel remaja iaitu seperti Mencari Pembunuh DBP (1973), Yang Liar dan
Terbiar – K. Publishing (1989), Yang Resah Gelisah – Marwilis Publication
(1990) serta Trilogi
Novel Remaja Zam Ismail -YWJ (2014)
Antologi drama yang dihasilkan adalah seperti antologi
Drama Penantian – Penerbit Karyawan (1988). Manakala antologi cerpen adalah seperti Harga
Sebotol Madu (bersama isbiha) – DBP (1985) serta Bintang di Langit
Lain (bersama Othman Puteh) – DBP (1994). Beliau turut menyumbang dalam penulisan kandungan
buku – buku teks Bahasa Malaysia iaitu Bahasa Malaysia
Situasi Tingkatan Peralihan – Longmans (1977), Bahasa Malaysia SPM – Penerbit Fajar
Bakti (1984), Nota
Ringkas Bahasa Malaysia SPM – Penerbit
Fajar Bakti (1986) serta Bahasa
Malaysia Orentasi Peperiksaan Tingkatan 4 & 5 – Longmans (1986)
Beliau turut aktif dalam Kertas Kerja dan
Artikel Persatuan
Penulis Johor - Penubuhan
dan Peranannya Dalam Sejarah Pertumbuhan Organisasi Bahasa dan Persuratan di
Malaysia, Penyair
dan Globalisasi Kebudayaan, Unsur – unsur Mintor dan Lagenda Dalam Buku
Sejarah Melayu, Karya Tun Seri Lanang serta Pemugaran Warisan Khazanah Melayu: Pengalaman
Yayasan Warisan Johor.
Antara anugerah dan penghargaan yang pernah diterima oleh beliau adalah Anugerah Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan – 2004, Anugerah Tokoh GAPENA (2008), Anugerah Tokoh Budaya Negeri Johor (2019), Anugerah Tokoh Penulis Tenggara Asia (2014) dan Anugerah Sasterawan Johor (2019). Beliau turut mewakili GAPENA (Malaysia) bagi membentangkan kertas kerja mengenai “Buku Anak – Anak dan Para Remaja” dalam Seminar Antarabangsa anjuran UNESCO pada tahun 1975 dan merupakan pengasas penubuhan Persatuan Penulis Johor (PPJ) pada tahun 1996.