Festival Setsubun 節分 Masyarakat Jepun di Pulau Pinang

Perayaan Setsubun adalah Perayaan Baling Kacang atau Upacara Campak
Kacang) adalah suatu perayaan masyarakat berketurunan Jepun yang dirayakan
sehari sebelum bermulanya musim bunga; hari utama perayaan ini setiap 3
Februari setiap tahun (mengikut kalender Lunar Jepun) dipanggil Risshun. Antara
kegiatan utama lazim diadakan waktu ini ialah upacara menghalau oni (Oni (鬼(おに)) ialah
makhluk ghaib bertanduk seakan iblis yang diketahui dalam cerita rakyat
masyarakat Jepun) dari rumah; upacara ini dilakukan seorang ketua keluarga yang
akan mencampak biji kacang soya panggang ke luar rumah dipercayai mampu
menghalau oni-oni ini sambil meneriak "Oni wa soto! Fuku wa uchi!" (「鬼は外!福は内!」, "Oni keluar! Tuah ke mari!"); Biji-biji ini dipercayai dapat
membersihkan rumah dari anasir yang tidak dikehendaki. Selepas upacara
membaling kacang tersebut, setiap ahli keluarga perlulah mengutip kacang yang
bertaburan itu dan memakannya mengikut bilangan umur masing-masing. Ini
betujuan untuk melindung dari anasir tidak baik sepanjang tahun baru tersebut. Ritual
disusuli dengan penyediaan makanan Ehoumaki (sejenis sushi) yg tidak dipotong
dan dimakan menghadap ke arah Ehou (lucky direction).