AZAHA HAJI OTHMAN @PAK ALANG

Azaha Haji Othman @ Pak Alang adalah Jurulatih Teater dan Seni Berbahasa dilahirkan pada 17 April 1972 berasal dari Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit 21020 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman. Beliau mendapat pendidikan dari SK. Pagar Besi, Batu Rakit Kuala Nerus ( 1979-1984) –Darjah Enam, SMK. Tengku Mizan Zainal Abidin Kuala Nerus (1985-1989) / SRP & SPM, Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu (1990-1991) / Jurulektrik (Peringkat Asas), Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang (1995/1996) / Sijil Seni Kreatif dan Akademi Seni Kebangsaan @ ASWARA (1996-2000) / Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian (Penulisan Kreatif). Beliau berkepakaran dalam menghasilkan penulisan puisi tradisional dan moden, esei, cerpen, novel, skrip pentas, rencana sastera, kritikan teater, kritikan filem, skrip drama tv dan lirik lagu. Beliau juga pernah berlakon, mengarah, melatih, mengurus pentas dan produksi teater (tradisional dan moden) peringkat negeri dan kebangsaan. Malah, turut terlibat penulisan skrip pentas, kritikan teater, pengurusan produksi, pengurusan pentas, lakonan dan pengarahan teater (tradisional dan moden)
Di antara hasil karya dan pengalaman pengarahan:
1- Penulis skrip dan pengarah dramatari kanak-kanak Raja Iskandar di MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur (1997).
2- Pengarah lakon teater kanak-kanak Durian Gergasi di MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur (6-10 Ogos 1999).
3- Pengarah lakon bangsawan kanak-kanak pertama di Malaysia Cermin Sapura di MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur (19-23 April 2000).
4- Penulis skrip dan pengarah pementasan dramatari Raja Indera Sakti di MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur (2000).
5- Penulis skrip dan Pengarah pementasan Makyung kanak-kanak pertama di Malaysia Raja Pencil asalnya (Dewa Pechil) di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur (8,10 dan 11 Oktober 2000).
6- Penulis skrip dan pengarah pementasan teater Api Timur sempena Seminar Tokoh Penulisan YM. Tengku Dalam Kalthum bt. Tengku Wok Khazaki Peringkat Kebangsaan di Taman Budaya Negeri Terengganu (3-5 Oktober 2003).
7- Penulis skrip dan pengarah pementasan teater kanak-kanak Tunas Budaya kali pertama Negeri Terengganu Megat Bidong Lima Saudara di Taman Budaya Negeri Terengganu (17-19 Oktober 2003).
8- Penulis skrip dan pengarah teater Di Pentas Ini, Anna dipentaskan sebagai persembahan selingan pada Pertandingan Drama Sekolah Menengah Negeri Terengganu sempena Festival Kesenian Negeri Terengganu 2004 di Taman Budaya Negeri Terengganu (24 Julai 2004).
9- Penulis skrip dan pengarah teater kanak-kanak Tunas Budaya kali kedua Raja Rimba di Taman Budaya Negeri Terengganu (8-9 Oktober 2004).
10- Penulis skrip dan pengarah teater adaptasi dari cerpen Kehendaknya Jua sebagai persembahan selingan pada Pertandingan Drama Antara Sekolah Menengah Negeri Terengganu sempena Festival Kesenian Tunas Cemerlang 2005 di Taman Budaya Negeri Terengganu (20 Jun 2005).
11- Penulis skrip pementasan teater Kehendaknya Jua oleh KGB sempena Manifestasi Teater Negeri Terengganu 2005 di Taman Budaya Negeri Terengganu (3 Ogos 2005).
12- Penulis skrip dan pengarah pementasan Bangsawan kanak-kanak kali pertama di Negeri Terengganu bertajuk Naga Chini sempena Manifestasi Tunas Budaya Negeri Terengganu 2005 di Taman Budaya Negeri Terengganu (30 September – 1 Oktober 2005).
13- Penulis skrip dan pengarah pementasan teater kanak-kanak Mencari Pedoman sempena Manifestasi Tunas Budaya Negeri Terengganu 2006 di Taman Budaya Negeri Terengganu (15-16 September 2006).
14- Penulis skrip teater Rumah yang dipentaskan oleh Kelab Seni Pujangga di bawah Unit Kebudayaan Bahagian HEP & Alumni UiTM Terengganu sempena Bengkel Lakonan Asas (Teater) 2007 Peringkat IPT Negeri Terengganu di Kompleks Dewan Gemilang, UiTM Cawangan Dungun, Terengganu Darul Iman ( 2 Februari 2007).
15- Penulis skrip teater Di Pentas Ini, Anna yang dipentaskan oleh Kelab Seni Pujangga di bawah Unit Kebudayaan Bahagian HEP & Alumni UiTM Terengganu sempena Bengkel Lakonan Asas (Teater) 2007 Peringkat IPT Negeri Terengganu di Kompleks Dewan Gemilang, UiTM Cawangan Dungun, Terengganu Darul Iman ( 3 Februari 2007).
16- Penulis skrip teater KehendakNya Jua yang dipentaskan oleh Kelab Anjung Kreatif (AK2), UDM Kampus KUSZA sempena Festival Teater Malaysia 2007 Negeri Terengganu di Taman Budaya Negeri Terengganu (7 Julai 2007).
17- Penulis skrip bangsawan Pak Pandir yang dipentaskan oleh Persatuan Kesenian D’Anjung Ibai Kuala Terengganu kerjasama JKKN Terengganu sempena Siri Semarak Bangsawan 2013 pada 29-30 Mac 2013 bertempat di Auditorium Kompleks JKKN Terengganu dan pada 12-14 April 2013 bertempat di Panggung Bandaraya DBKL, Kuala Lumpur.
18- Penulis skrip teater KehendakNya Jua yang dipentaskan oleh CUTE UiTM Machang, Kelantan sempena Festival Teater Negeri Kelantan bertempat di Auditorium Kompleks JKKN Kelantan (17 November 2013).
19- Penulis skrip teater monodrama Dalang yang dipentaskan oleh Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Daerah Setiu sempena Festival Teater Negeri Terengganu bertempat di Auditorium Kompleks JKKN Terengganu (18 November 2013).
20- Penulis skrip teater monodrama Betalah Perempuan Itu yang dipentaskan oleh Is Nur Teater sempena Festival Teater Negeri Terengganu bertempat di Auditorium Kompleks JKKN Terengganu (18 November 2013).
21- Pegawai penyelidik dan Penulis skrip teater tradisional Terengganu ‘Nong Sakti’ yang dipentaskan oleh KK JKKN Terengganu setelah kali terakhir dipentaskan lebih 40 tahun lalu sempena Program Perantisan bertempat di Auditorium JKKN Terengganu (4 Disember 2015, 4 November 2016 dan 24 November 2017).
22- Pengarah dan penulis skrip fragmen teater ‘Padang Kachung Berdarah’ yang dipentaskan oleh Kelab Anjung Kreatif, UniSZA dalam Bengkel Pengurusan Pentas sempena Festival Teater Negeri Terengganu 2017 bertempat di Dewan Ulek Mayang, JKKN Terengganu (29-30 September 2017).
23- Pengarah dan Penulis skrip Monodrama ‘Dalang’ yang dipentaskan oleh Kelab Anjung Kreatif (AK2), UniSZA Kampus Gong Badak sempena Bengkel Asas Lakonan di Pusat Kesenian dan Warisan, UniSZA (7 Julai 2018).
24- Pengarah dan Penulis skrip Teater Kanak-kanak ‘Bintang JSBN’ yang dipentaskan oleh Kelab Anjung Kreatif (AK2), UniSZA Kampus Gong Badak sempena Bengkel Asas Lakonan di Pusat Kesenian dan Warisan, UniSZA (7 Julai 2018).
25- Pengarah dan Penulis skrip teater ‘Padang Kachung Berdarah’ yang dipentaskan oleh Kelab Anjung Kreatif (AK2), UniSZA Kampus Gong Badak sempena Bengkel Asas Lakonan di Pusat Kesenian dan Warisan, UniSZA (7 Julai 2018).
26- Penulis skrip Pentomin ‘Padang Kachung Berdarah’ dan memenangi Johan Pertandingan Pentomin melalui arahan Mohd Raziff Rosman Sempena Sambutan Ambang Merdeka anjuran SPRM dengan kerjasama RTM serta Uptown Kontena, Dapo Pata pada 30 Ogos 2018 bertempat di Dapo Pata, Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu.
27- Penulis skrip teater tradisional Terengganu ‘Nong Sakti’ yang dipentaskan oleh Kelab Kerabat Kebudayaan UiTM Cawangan Terengganu sempena Program Perantisan 2018 bertempat di Dewan Aspirasi UiTM Kampus Dungun pada 2 November 2018.
28- Penulis skrip & pelakon dalam pementasan teater tradisional Terengganu ‘Nong Sakti’ yang dipentaskan oleh JKKN Terengganu sempena Panggung Seni Tradisional 2019 bertempat di Auditorium Kompleks JKKN Terengganu pada 22 November 2019.
29- Penulis skrip dan pencerita dalam Program Jom Bercerita Secara Dalam Talian bertajuk ‘Kambing Yang Tamak’, Boneka ‘Megat Panji Alam’, ‘Aduhai Pak Pandir’ dan ‘Padang Kachung Berdarah’ sempena tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac 2020 sehingga 9 Jun 2020.
30- Penceramah dalam Program Jom Belajar Secara Sidang Video bertajuk ‘Pengurusan Pentas’, ‘Asas Latihan Vokal’, ‘Kaedah Membaca Puisi’ dan ‘Siri Kurikulum Teater Kanak-kanak’ sempena tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac 2020 sehingga 9 Jun 2020.
31- Pembimbing dan penulis skrip Sketsa ‘Megat Panji Alam’ yang dipentaskan oleh SMK. Megat Panji Alam sempena Pertandingan Sketsa Rukun Negara pada 2 Julai 2019.
32- Penulis dan Pengarah Dekon: Malaysiaku Berdaulat Sehati Sejiwa oleh Pelajar Teater P’BesT bertempat di SK. Pagar Besi pada 16.8.2023 dan bertempat di KOMSTAR pada 28 Ogos 2022.
33- Penulis skrip dan pengarah Teater Muzikal Kanak-kanak ‘ Adam, Sofea dan Rimba’ sempena Program Pendidikan Khas Integrasi Kuala Nerus anjuran UMT bertempat di Auditorium Mahyudin, UMT pada 1 Disember 2022.
34- Penulis skrip
Dekon: Engkaulah Yang Mewarnai Halaman Ini oleh MyBudaya pada 28 Januari 2023
bertempat di Grand Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan.