PUAN HABSAH JUSOH

PUAN HABSAH JUSOH

Puan Habsah Jusoh adalah seorang tokoh anak seni Terengganu dalam bidang nyanyian. Beliau mula aktif menyanyi sejak 1957 dan telah memenangi pelbagai pertandingan antaranya:-

1- Johan Pertandingan Lagu Asli RTM (1970)

2- Johan Pertandingan Dendang Rakyat (1980)

3-Johan Pertandingan Nyanyian Lagu P. Ramlee Peringkat Negeri Terengganu (1993)

4- Naib Johan Nyanyian Lagu Asli & Langgam MAKSAK Malaysia (1999)

5- Johan Lagu-Lagu Asli Kawasan Timur (1999)

6- Johan Pertandingan Lagu P. Ramlee RTM Kawasan Timur (2000)

7- Johan Nyanyian Lagu Asli MAKSAK Malaysia (2001),


Lagu nyanyian beliau yang amat popular dan telah diadaptasikan ke drama TV ialah Selasihku Sayang. Beliau juga pernah merakamkan lagu dalam album Senandung Terengganu terbitan kerajaan Negeri. Di antara lagunya yang terkenal berjudul Bukit Puteri dan Kain Songket.  Album CD Dendang Rakyat Terengganu nyanyiannya yang diterbitkan oleh JKKN turut memuatkan lagu-lagu rakyat Terengganu antaranya Ulik Mayang, Anak Udang, Anak Burung Baniong, Itik Gembo-Gembo dan Ayun Buai Kokek.

Beliau juga selalu menerima undangan menyanyi dalam pelbagai majlis penting seperti Malam Menjunjung Kasih Bersama DYMM Permaisuri Terengganu ( 2001 ) dan festival seperti Festival Tari (2002, 2003 ). Beliau juga selalu dijemput dalam program anjuran JKKN antaranya terlibat dalam Lanai Seni, Pusat Seni Setempat (PSS) dan Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS). Di antara anak didik beliau ialah dua adik beradik iaitu Mohd Edy Nazren Hamzah dan Mohd Najib Hamzah (Johan Bintang Asli Remaja Kebangsaan) disamping anaknya sendiri Kuna (Johan Pertandingan Primula Idol ).

Beliau adalah finalis Anugerah Seni Terengganu 2005 anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dalam kategori Karyawan Seni (Muzik) yang diadakan pada 24 Februari 2006 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.  Beliau juga selalu dijemput dalam program anjuran JKKN antaranya terlibat dalam Lanai Seni, Pusat Seni Setempat (PSS) dan Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS). Beliau juga adalah penerima Anugerah Penggiat Seni Muzik Terengganu 2010 sempena pelaksanaan program PMS: Kawasan Luar Bandar Bil. 2 / 2010 Negeri Terengganu yang diadakan bertempat di Dataran Bestari, Kg. Padang Polis, Batu Rakit, Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman pada 16 April 2010. Beliau juga penerima Anugerah Pendukung Seni Negeri Terengganu 2015 sempena Majlis Anugerah Tokoh Seni Terengganu 2017 pada 17 November 2015 bertempat di Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu.

Di atas jasa baktinya memperjuangkan lagu asli dan rakyat negeri Terengganu, beliau telah dikurniakan pelbagai darjah kebesaran termasuklah PJK, AMT dan SMT oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Terengganu.  

01117854562

Blok A3/6, Flat Kg. Kolam,

Jalan Sultan Sulaiman

20000 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman