Festival Bon Odori 盆踊り

Festival Bon Odori 盆踊り merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat Jepun sebagai memperingati semangat atau roh mereka yang telah meninggal dunia. Ianya disambut di Jepun lebih 500 tahun dahulu dan dimeriahkan dengan tarian yang dikenali sebagai Bon Odori 盆踊り. Bon Odori tidak hanya disambut di Jepun malahan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Perayaan ini diadakan secara tahunan pada minggu ketiga (3) bulan Julai (Petang). Pulau Pinang tidak ketinggalan merayakan perayaan ini setiap tahun. Memandangkan populasi masyarakat Jepun yang tinggi menetap di Pulau Pinang, maka kerajaan negeri telah menetapkan festival Bon Odori ini sebagai acara tahunan dalam kalendar pelancongan negeri. Di Pulau Pinang pengisian aktiviti menarik seperti tarian Obon, persembahan tarian Soran-Bushi dan Yosakoi, persembahan dram dan gendang Jepun, persembahan Shamisen. Festival ini juga memberikan pengalaman pelbagai makanan dan minuman Jepun, seni budaya dengan sebilangan besar syarikat Jepun di Malaysia mengambil bahagian untuk mempromosikan produk mereka.
Sumber Foto : Buletin Mutiara