BUSANA TARIAN ASYIK

BUSANA TARIAN ASYIK

Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja - raja Kelantan dan Patani suatu ketika dahulu.

Busana persembahan Tarian Asyik menggunakan tiga helai kain yang meliputi sehelai kain sarung songket dipakai di pinggang sebagai kain dengan ikatan ombak beralun, sehelai kain panjang dibelit di dada dengan ikatan kemban.

Selendang panjang dipakai di bahu sebagai sayap di bahagian belakang melambangkan sayap seekor burung dan di pinggang sehelai selendang yang diselitkan di pending. Manakala penggunaan perhiasan seperti pemeleh, bunga jurai, cucuk sanggul, dokoh, subang, gelang tangan, bunga melur, pending dan tali pinggang dipakai bertujuan sebagai pemanis dan seri kepada penari.

609-7417000

Kompleks JKKN Kelantan

Lot 1993, Tanjong Chat

Seksyen 49

15200 Kota Bharu, Kelantan