NASI KANDAR

Nasi Kandar
sangat popular di utara Semenanjung Malaysia khususnya Pulau Pinang, namun kini
digemari oleh masyarakat Malaysia di seluruh negara. Istilah Nasi Kandar dikatakan
berasal daripada cara penjaja makanan ini yang mengandar atau menjinjing bakul
yang berisi makanan dengan menggunakan kayu pada zaman dahulu.
Nasi ini dilengkapi dengan aneka juadah seperti daging lembu, ayam goreng, limpa kari, telur ikan, udang atau sotong goreng, papadom dan lain-lain lauk, dimakan bersama sayur-sayuran seperti terung, bendi atau peria yang digoreng atau direbus sebagai ulam.