PAKAIAN TRADISIONAL DUSUN TINDAL KOTA BELUD

PAKAIAN TRADISIONAL DUSUN TINDAL KOTA BELUD


Busana etnik Dusun Tindal di Kota Belud, Sabah mempunyai jahitan dan aksesori yang sarat dengan benang emas dan perak yang disulam pada kain berwarna hitam daripada fabrik baldu. Corak renda dijahit tangan pada blaus lengan panjang (sinipak) dan di atas siku ke tangan dipotong kain terbuka dan dijahit dengan corak yang berlainan renda. Wanita memakai sarung atau ‘gonob’ yang turut dijahit dengan hiasan benang dan renda.

Kain dastar selendang merah biasanya dibentuk sebagai kolar untuk pakaian lelaki dan wanita yang digelar sebagai ‘selindang lolopot’. Di kepala, lelaki memakai tanjak atau dastar manakala wanita memakai kain selubung yang sama dengan fabrik baju yang dijahit benang dan renda.

Aksesori dipakai seperti kantung bebola perak yang digunakan sebagai kalung di dada, manakala pinggang memakai rantaian syiling emas atau perak yang digelar ‘sinipogot’.

Kostum Dusun Tindal ini dipakai ketika majlis keramaian dan adat-istiadat serta budaya.

 

JKKN Sabah

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah

Jalan Tasik Off KM4 Jalan Penampang,

88200 Kota Kinabalu,

SABAH

Telefon        :  088-205 070