PAKAIAN TRADISI KAUM PORTUGIS
Masyarakat Portugis merupakan satu lagi
golongan etnik yang sinonim dengan negeri Melaka. Kehidupan budaya masyarakat
Portugis dapat dilihat melalui kemeriahan busananya. Kebanyakan komuniti
Portugis ini menetap di Ujong Pasir, Melaka. Busana tarian Portugis ini amat
mempesonakan. Busana Portugis dikenali
sebagai “Traje de Lavradeira’ oleh masyarakat tempatan. Busana wanita terdiri
dari scarf menutup kepala, blouse putih lengan pendek, vest,
skirt labuh kembang beropol dan dilapisi apron. Sementara bahagian
dalam skirt mempunyai seluar khas
berwarna hitam hingga ke paras lutut berhias renda. Bagi busana lelaki pula amat
ringkas bagi memudahkan pergerakan dengan berseluar panjang hitam berkaki besar
berhias pita emas di sisi, baju kemeja lengan panjang berwarna putih, beropol, scarf di leher bertopi hitam dan memakai
kasut kulit hitam. Versi merah dianggap sebagai versi 'gembira', dan dipakai
oleh wanita yang lebih muda. Versi biru atau hijau dipakai pada masa separa
berkabung atau kesedihan lain, seperti ketiadaan orang tersayang, dan oleh
wanita yang lebih tua.