PAKAIAN TRADISIONAL WANITA KAUM MURUT TAHOL

PAKAIAN TRADISIONAL WANITA KAUM MURUT TAHOL

Pakaian tradisi bagi wanita kaum Murut yang terdiri daripada baju dan gaun yang pendek berwarna hitam, dan dihiasi dengan manik-manik. Baju yang dihiasi itu dipanggil babaru linantian dan gaun tersebut pula sebagai tapi linantian. Gaun yang digayakan terdapat jenis yang panjang juga.

Wanita Murut menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai.

Orang Murut adalah sebuah kumpulan etnik pribumi yang mendiami wilayah utara pedalaman Kalimantan, Indonesia. Namun sebahagian besar pula masyarakat Murut berada di pedalaman barat daya Sabah, Malaysia Timur, khususnya daerah Keningau, Tenom dan Nabawan Pensiangan, sepanjang Sapulut dan Sungai Padas. Mereka terbahagi kepada beberapa suku sub etnik kaum Murut.


JKKN Ibu Pejabat

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Ibu Pejabat

Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34,

Lot 1001, Menara TH Perdana,

Jalan Sultan Ismail,

50250 KUALA LUMPUR.

Telefon         :  03-2614 8200