PAKAIAN TRADISIONAL KADAZAN PENAMPANG

Pakaian
Tradisional Suku Kaum Kadazan Penampang dikenali sebagai 'Sinuangga' yang
dipakai oleh kaum wanita dan 'Gaung' untuk para lelaki. Baju ini selalunya
menggunakan kain hitam (kain baldu) yang bersulamkan benang emas. Ia dipakai
semasa sambutan Pesta Menuai atau dikenali sebagai perayaan ‘Tadau Kaamatan’
pada hujung bulan Mei setiap tahun. Sewaktu perayaan ini, diadakan pelbagai
acara seperti pertandingan ratu cantik ‘Unduk Ngadau’, di mana para peserta
akan memperagakan pelbagai jenis busana tradisi suku kaum Kadazandusun.