LAKSA PENANG

Laksa Penang atau
Laksa Pulau Pinang adalah sejenis makanan mi berkuah dan dikatakan berasal
daripada makanan masyarakat Cina yang datang berhijrah ke Tanah Melayu. Sajian
ini adalah satu-satunya makanan Malaysia yang berada di dalam senarai 50
makanan paling lazat di dunia.
Bahan-bahan asas adalah sama seperti laksa negeri lain di Malaysia. Uniknya, Laksa Penang menggunakan mi yang diperbuat daripada tepung gandum ataupun tepung beras. Untuk menambah rasanya, petis atau pati otak udang dicampur atau dinikmati bersama kuah isi ikan kembung dan lain-lain jenis ikan sebagai perisa tambahan.