BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

Sepasang Baju Melayu Cekak Musang dari jenis satin jenis kosong atau berjalur berpotongan lengkap dengan pesak dan kekek, berkolar tinggi bulat dan sedikit terbelah di bahagian hadapan dengan dihiasi 5 biji butang serta   berkocek 3 iaitu satu kecil di dada dan 2 besar di bahagian bawah pinggir baju. 

Dipadankan dengan seluar dari jenis kain yang sama dan digayakan dengan kain samping songket dengan ikatan gulung kembung. Manakala songkok dipakai sebagai penyeri dan pelengkap pakaian sewaktu menghadiri majlis rasmi dan hari keramaian.

Koleksi busana dan teks artikel oleh: Puan Zubaidah Sual / Puan Rosidah Abdullah

JKKN Ibu Pejabat

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Ibu Pejabat

Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34,

Lot 1001, Menara TH Perdana,

Jalan Sultan Ismail,

50250 KUALA LUMPUR.

Telefon         :  03-2614 8200