PAKAIAN NELAYAN

Kebiasaanya para
nelayan mengenakan pakaian yang ringkas iaitu baju putih dan seluar hitam. Pemakaian semutar dari kain sarung di kepala banyak
kegunaanya. Selain untuk menutup kepala
daripada sinaran cahaya matahari manakala kain batik digunakan untuk alas
tempat duduk atau kelubung apabila keadaan cuaca dan angin yang sejuk apabila
berada di pantai dan di lautan semasa menangkap ikan.
Kain batik selalu digunakan untuk disangkut di bahu sebagai selendang atau diikat di pinggang atau pun dipakai sebagai kain samping.
Koleksi busana dan teks artikel oleh: Puan Rosidah Abdullah (Muzium Tekstil Negara)