BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

Baju dan seluar fabrik kapas atau satin ini lengkap mempunyai 3 kocek iaitu satu kecil di dada dan 2 besar di bahagian bawah sebesar dua jari dari tepi baju. Pakaian ini dipadankan dengan samping warna hijau sedondon songket bercorak kotak atau bunga bertabur sarat atau jarang, dengan ikatan gulung kembung. Manakala songkok dipakai di atas kepala bagi melengkapkan pakaian pada keseluruhannya. Baju Melayu Cekak Musang selalu digayakan sewaktu majlis keramaian dan pada sambutan Hari Raya.

Koleksi busana dan teks artikel: Puan Zubaidah Sual / Puan Rosidah Abdullah

JKKN Ibu Pejabat

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Ibu Pejabat

Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34,

Lot 1001, Menara TH Perdana,

Jalan Sultan Ismail,

50250 KUALA LUMPUR.

Telefon         :  03-2614 8200