PAKAIAN CIK SITI WAN KEMBANG

Pakaian ini terdiri daripada 3 helai kain iaitu sehelai songket sarung dan 2 helai songket lepas. Kain songket sarung dipakai pada paras pinggang ke kaki, sehelai kain songket atau tenun atau limar lepas akan dijadikan sebagai kain kemban yang diikat pada paras dada dan dijuraikan lebihan kain dalam bentuk tergantung atau pancung dan dipakaikan tali pinggang serta pending agar nampak lebih kemas. Sehelai kain selendang songket atau tenun dipakai di atas bahu bagi menutupi bahu dan sebahagian leher. Pakaian ini pernah termasyhur digayakan oleh seorang pemerintah wanita di Negeri Kelantan.
Koleksi busana dan teks artikel oleh: Puan Zubaidah Sual / Puan Rosidah Abdullah