BAJU SIKAP

Pakaian lengkap ini selalu dipakai ketika dahulu oleh raja atau golongan bangsawan di negeri Kelantan. Kebiasaannya terdiri daripada 2 helai baju di mana bahagian dalam baju tidak berlengan sama ada dari jenis kapas atau satin manakala bahagian luar adalah baju sikap dari jenis songket berbelah di hadapan, berkolar tinggi dan berbutang satu. Dipadankan dengan seluar panjang bersongket dan diserikan dengan kain songket lepas atau limar diikat pancung dan dilengkapkan tengkolok sebagai hiasan di kepala.
Koleksi busana dan teks artikel oleh: Puan Zubaidah Sual / Puan Rosidah Abdullah