BAJU KURUNG MODEN

BAJU KURUNG MODEN

Baju Kurung Moden dari jenis kain polos berpotongan lurus membentuk badan dengan leher bercekak musang dihiasi dengan 5 biji butang.  Dipadankan dengan kain songket corak penuh dengan ikatan tindih kasih.  Bertambah seri dengan gandingan sehelai selendang songket di atas bahu.  Kebiasaan pakaian sebegini sesuai untuk ke majlis rasmi atau hari keramaian.

Koleksi busana dan teks artikel oleh: Puan Rosidah Abdullah (Muzium Tekstil Negara)

JKKN Ibu Pejabat

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Ibu Pejabat

Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34,

Lot 1001, Menara TH Perdana,

Jalan Sultan Ismail,

50250 KUALA LUMPUR.

Telefon         :  03-2614 8200