BAJU KEDAH

Pakaian ini
digunakan sewaktu wanita pergi bertani dan bersawah di bendang atau di kebun sayuran
atau kebun buah-buhan. Baju daripada kain kapas dengan corak bunga halus yang longgar dan pendek
sehingga ke paras pinggul serta berlengan tiga suku. Dipadankan dengan kain batik sarung dengan
ikatan tindih kasih.
Dilengkapkan lagi dengan memakai kain batik sarung di kepala bagi melindungi daripada sinaran panas matahari atau hujan.
Koleksi busana dan teks artikel oleh: Puan Rosidah Abdullah (Muzium Tekstil Negara)