BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

Sepasang Baju Melayu Cekak Musang yang dipakai oleh orang lelaki di negeri Kedah adalah dari jenis fabrik satin berwarna hitam atau warna-warna lain, nampak anggun dan segak. Baju berpotongan lengkap dengan pesak dan kekek, berkolar tinggi bulat dan sedikit terbelah di bahagian hadapan dengan dihiasi 5 biji butang serta  berkocek 3 iaitu satu kecil di dada dan 2 besar di bahagian bawah pinggir baju.

Dipadankan dengan seluar dari jenis kain yang sama dan digayakan dengan kain samping songket dengan ikatan lilitan bunga di bahagian kiri pemakai. Manakala tengkolok atau songkok hitam dipakai sebagai penyeri dan melengkap pakaian sewaktu menghadiri majlis adat istiadat atau majlis rasmi.

Koleksi busana dan teks artikel oleh: Puan Rosidah Abdullah (Muzium Tekstil Negara)

 

JKKN Ibu Pejabat

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Ibu Pejabat

Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34,

Lot 1001, Menara TH Perdana,

Jalan Sultan Ismail,

50250 KUALA LUMPUR.

Telefon         :  03-2614 8200