KEBAYA PENDEK NYONYA

KEBAYA PENDEK NYONYA

Baju Kebaya Pendek menjadi pakaian tradisi nyonya / wanita Peranakan dan Chettia / Chetti di Melaka. Baju ini lazimnya diperbuat dari kain kasa jarang dan disulam dengan motif fauna dan flora dengan sulaman benang berwarna warni. Baju kebaya ini dipadankan dengan kain batik dari kepulauan Jawa dengan rekabentuk warna-warna yang terang atau lembut.

Bagi wanita Peranakan Baba Nyonya atau Chettia / Chetti, selain dari memakai kebaya sulam, mereka juga gemar memakai baju kebaya pendek tanpa sulam dengan fabrik berbunga-bunga sebagai pakaian untuk aktiviti seharian.

Koleksi busana dan teks artikel oleh : Puan Zubaidah Sual


06-2331787

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka

Kompleks JKKN Melaka

Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 

75450, Melaka