KEBAYA LABUH NYONYA
Baju Kebaya Labuh
Nyonya di Melaka disebut juga sebagai Baju Panjang atau Baju Belah Panjang.
Lazimnya dipakai oleh Nyonya Peranakan dan juga kaum Chettia /Chetti yang dipadankan dengan
kain batik atau kain corak pelikat. Fabrik yang digunakan untuk membuat Baju
Panjang ini ialah dari kain kasa jarang. Maka itu anak baju berwarna putih atau warna lain yang cerah,
berkolar tinggi dan berhias renda dipakai di bahagian dalam baju.
Perhiasan kepala yang dipakai ialah cucuk sanggul dan sikat yang diperbuat dari emas atau perak bercelup emas. Sehelai sapu tangan besar digayakan di atas bahu sebagai kelengkapan Baju Panjang ini.
Baju Panjang ini masih dipakai oleh nyonya yang berumur hingga ke hari ini ketika menghadiri upacara perkahwinan tradisi dan majlis rasmi keraiaan. Selain dari itu ianya juga dipakai sebagai pakaian untuk seni persembahan.
Teks artikel oleh : Puan Zubaidah Sual