BAJU KURUNG TELOK BELANGA

BAJU KURUNG TELOK BELANGA

Baju kurung Telok Belanga di Melaka dipakai oleh pengantin perempuan di hari perkahwinan. Lazimnya baju ini diperbuat dari kain broket sedondon atau dipadankan dengan kain songket. Baju ini mengekalkan potongan asal dipasangkan pesak dan kekek dan ada juga yang dihiasi dengan kida-kida (renda plastik berwarna emas) di bahagian lengan dan bawah baju. Sebagai pakaian pengantin, baju ini dilengkapi dengan lapik dada yang diperbuat dari kain baldu berhias labuci dan batu permata. Bagi hiasan kepala, pengantin perempuan memakai sanggul lintang dan gendik.

Namun begitu baju kurung Telok Belanga ini juga dipakai oleh wanita sebagai pakaian adat, pakaian keraian, pakaian kerja dan pakaian harian.

Koleksi busana dan teks artikel oleh: Puan Zubaidah Sual


06-2331787

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka

Kompleks JKKN Melaka,

Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya,

75450, Melaka