BAJU CINA / SAMFOO UNTUK LELAKI

BAJU CINA / SAMFOO UNTUK LELAKI


Baju Tradisi Cina atau pun Samfoo menjadi pakaian yang digemari oleh lelaki Peranakan Cina pada hari ini. Baju ini dipadankan dengan seluar slack yang longgar dengan warna-warna yang sesuai. Baju Cina atau Samfoo ini diperbuat dari kain satin dengan tekstur moti-motif tradisi kaum Cina. Baju berbelah depan berkolar ini dijahit longgar dan dipasang dengan butang-butang simpul yang cantik dan kemas.

Baju Cina atau Samfoo ini dipakai oleh sebilangan kaum Peranakan Cina atau Baba Nyonya Melaka di hari-hari perayaan dan majlis-majlis keramaian. Untuk Samfoo, warna merah sering dipilih sebagai warna yang membawa tuah tetapi warna-warna lain masih tetap digunakan tetapi warna hitam selalunya dielakkan.

Teks artikel oleh: Puan Zubaidah Sual

06-2331787

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka

Kompleks JKKN Melaka,

Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya,

75450, Melaka