BAJU MELAYU CEKAK MUSANG – MELAKA

BAJU MELAYU CEKAK MUSANG – MELAKA


Baju Melayu Cekak Musang juga menjadi pakaian istiadat dan pakaian rasmi bagi kaum lelaki di negeri Melaka. Bagi majlis istiadat dan rasmi, fabrik berwarna hitam sering digunakan. Baju ini dipadankan dengan kain samping dan bengkong songket yang berwarna hitam juga dan bagi bahagian kepala, sesuai untuk memakai tengkolok atau songkok.

Bagi pakaian perayaan dan dan lain-lain lazimnya, baju ini dibuat dari fabrik pelbagai warna tanpa corak sedondon dan dipadankan dengan kain sampin songket. Songkok atau tengkolok juga dipakai sebagai pelengkap untuk pelindung atau menutupi kepala.

Teks artikel oleh: Puan Zubaidah Sual

Koleksi busana: Puan Rosidah Abdullah (Muzium Tekstil Negara) 

06-2331787

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka

Kompleks JKKN Melaka,

Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya,

75450, Melaka