BAJU KEBAYA LABUH

BAJU KEBAYA LABUH

Baju Kebaya Labuh potongan asal yang besar dan longgar menjadi pakaian tradisi wanita Melayu di Pulau Pinang pada masa dahulu. Pakaian ini juga dipakai oleh golongan wanita Peranakan Cina dan India yang berkahwin dengan lelaki berketurunan Melayu. Baju Kebaya Labuh ini berpotongan  longgar yang dipasangkan kekek dan pesak di hadapan baju. Baju ini dipakai dengan kain sarung batik atau kain corak pelikat atau kain tenun. Hiasan yang dipakai ialah 3 butir kerongsang ibu dan anak atau kerongsang jenis berantai emas atau saduran.

Koleksi busana dan teks artikel oleh: Puan Zubaidah Sual


JKKN Ibu Pejabat

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Ibu Pejabat

Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34,

Lot 1001, Menara TH Perdana,

Jalan Sultan Ismail,

50250 KUALA LUMPUR.

 Telefon         :  03-2614 8200