BAJU KEBAYA PENDEK

BAJU KEBAYA PENDEK

Baju Kebaya Pendek menjadi pilihan wanita muda kerana potongannya lebih sempit dan mengikut bentuk badan. Baju Kebaya Pendek yang dipakai juga disebut Kebaya Peranakan atau Kebaya Sulam yang dibuat dari kain kasa bersulam motif fauna dan flora. Baju kebaya ini dipadankan dengan kain batik berbagai corak. Keistimewaan baju Kebaya Sulam ini kerana ianya dijahit oleh tukang-tukang yang telah mewarisi seni sulaman baju kebaya sejak dahulu dan kebanyakkannya telah berumur. Kemahiran menghasilkan baju kebaya sulam menjadi khazanah berharga yang sangat dibanggakan.

Selain dari kebaya sulam, baju kebaya pendek juga dibuat dari kain-kain bercorak lain dengan potongan yang sempit juga. Baju kebaya ini tetap dipadankan dengan kain batik sarung.

Koleksi busana dan teks artikel oleh : Puan Zubaidah Sual


JKKN Ibu Pejabat

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Ibu Pejabat

Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34,

Lot 1001, Menara TH Perdana,

Jalan Sultan Ismail,

50250 KUALA LUMPUR.

Telefon         :  03-2614 8200