BAJU TAKWA

BAJU TAKWA

Baju Takwa merupakan pakaian klasik lelaki Melayu atau kaum Peranakan Jawi serta kaum India Muslim, khususnya di Pulau Pinang dan juga di Tanah Melayu sejak tahun 1800-an lagi.

Baju Takwa mempunyai potongan seperti kot berlengan panjang diperbuat dari kain kosong atau corak jalur atau berpeta-petak. Potongannya juga seperti kot moden yang hanya dipakai dengan kain pelikat atau kain-kain sarung ikatan gombang. Pakaian di kepala adalah songkok atau tarbus.

Koleksi busana dan teks artikel oleh: Puan Zubaidah Sual

JKKN Ibu Pejabat

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Ibu Pejabat

Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34,

Lot 1001, Menara TH Perdana,

Jalan Sultan Ismail,

50250 KUALA LUMPUR.

Telefon         :  03-2614 8200