BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

Baju Melayu Cekak Musang menjadi pakaian adat
dan perayaan lelaki di Pulau Pinang. Baju dan seluar lazimnya dibuat sedondon
dari fabrik berwarna tanpa corak atau tidak bertekstur seperti kain satin atau sutera. Namun begitu, pada hari ini potongan baju
Melayu Cekak Musang telah diubah bentuknya agar kelihatan lebih kemas ketika
digayakan. Baju ini tidak lagi dijahit dengan pesak dan kekek. Koceknya pun hanya
dipasang satu di atas dada, dan adakalanya tiada lagi dua kocek di bawah badan baju
mengikut keinginan si pemakai.
Baju Melayu Cekak Musang dipadankan dengan kain samping songket dengan ikatan berdagang luar yang lebih bergaya. Songkok atau tarbus hitam dipakai sebagai penutup kepala.
Teks artikel oleh: Puan Zubaidah Sual
Koleksi busana oleh: Puan Rosidah Abdullah (Muzium Tekstil Negara)