BAJU KEBAYA / KURUNG MODEN

Koleksi
foto busana: JKKN Johor
Baju kurung moden
dan kebaya moden juga menjadi pakaian yang digemari di negeri Johor. Baju
potongan moden ini direka dengan berbagai jenis potongan tetapi masih
mengekalkan nilai-nilai tradisi dan cara pemakaiannya iaitu dengan kain dan
baju yang masih labuh.
Tetapi potongan baju-baju ini dibuat sedikit singkat, potongan lebih ketat, mengikut bentuk badan dan dihiasi dengan berbagai hiasan seperti renda dan aksesori batu-batu permata.
Potongan kain juga lebih sempit dikenali sebagai potongan a-line, kembang payung dan sebagainya.
Fabrik yang digunakan juga mengikut fabrik jenis yang terkini, yang terdapat di gedung-gedung tekstil. Potongan pakaian seperti ini mula dipakai dalam tahun 1950-an dan 60-an.
Koleksi busana dan teks artikel oleh: Puan Zubaidah Sual