BAJU KURUNG TELUK BELANGA

Baju Kurung Telok Belanga adalah pakaian
tradisi wanita Johor yang masih dipakai sehingga ke hari ini. Potongan baju
mengandungi badan, lengan, pesak dan kekek adalah longgar dan selesa dipakai
serta dikemaskan dengan sebutir butang di leher. Baju ini juga dilengkapi
dengan kocek di bawah dada kiri dan ada juga kocek yang dipasang di sisi
bahagian dalam baju.
Baju dan kain lazimnya dipakai sedondon atau
bajunya dari fabrik kosong dan dipadankan dengan kain songket atau kain batik.
Baju ini dipadankan dengan kain sarung ikatan ombak mengalun. Pada masa dahulu
sehelai kain sarung lagi dipakai sebagai kain kelubung dan kerabat diraja Johor
menghiasi bahu dengan selendang mantul dari sulaman corak kelingkan.
Koleksi busana dan teks artikel oleh: Puan Zubaidah Sual
Koleksi busana oleh: Puan Rosidah Abdullah (Muzium Tekstil Negara)