PAKAIAN KEHORMATAN BARAT - LELAKI

PAKAIAN KEHORMATAN BARAT - LELAKI


Koleksi foto busana: JKKN Johor

Pakaian yang menyerupai potongan kot berkolar tinggi, lengan panjang dan labuhnya hingga ke paras punggung serta dipasang dengan satu atau tiga kocek. Pakaian berbelah hadapan ini dipasang dengan butang penuh di bahagian hadapan dan juga butang hiasan sebanyak tiga atau empat butir di hujung lengan baju.

Digayakan dengan sut potongan blazer dilengkapi dengan kemeja putih yang dipakai di dalam. Kot ini pernah dipadankan dengan seluar pantaloon yang lazimnya berwarna hitam atau warna gelap. Keunikan pakaian kehormatan barat ini ialah apabila ianya masih mengekalkan kain sampin dan songkok sebagai kelengkapan pakaian serta memakai kasut kulit hitam bertali. Kain sampin yang dipakai ialah kain sarung corak Muar atau kain songket dan kini boleh dipadankan dengan seluar slack.

Pakaian ini biasanya dipakai suatu ketika dahulu oleh orang Melayu yang berkhidmat dengan kerajaan Inggeris sebelum Malaysia merdeka dan pemakaiannya diteruskan sebagai fesyen yang mempunyai gabungan elemen busana dari barat.

Koleksi busana dan teks artikel oleh: Puan Zubaidah Sual

JKKN Ibu Pejabat

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Ibu Pejabat

Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34,

Lot 1001, Menara TH Perdana,

Jalan Sultan Ismail,

50250 KUALA LUMPUR.

Telefon         :  03-2614 8200