PERMAINAN TRADISIONAL KERCANG

PERMAINAN TRADISIONAL KERCANG

Kercang adalah sejenis alat permainan tradisi Melayu lama. Alat permainan ini biasanya diperbuat dari rotan yang disusun secara berlapis-lapis mengikut peringkat kesukarannya. Peringkat pertama adalah yang paling mudah diikuti peringkat kedua, ketiga dan seterusnya.

Permainan ini adalah popular dalam kalangan orang Asli dan orang Melayu yang tinggal di sekitar dan di sekeliling hutan Endau Rompin pada suatu masa dahulu. Tapi kini masyarakat Melayu telah melupainya dan hanya dimainkan sekali-sekala dalam kalangan orang Asli seperti etnik Jakun apabila ada pelawat luar sebagai pertunjukan.

Falsafah permainan ini ialah mencari jalan keluar dari tersesat di hutan. Tali yang boleh digerakkan di antara lapisan-lapisan rotan diumpamakan seperti pengembara yang kesesatan di hutan menyusup dan melangkah halangan untuk keluar dari kesesatan itu. Lapisan-lapisan rotan itu pula disimbolkan sebagai keadaan mukabumi yang terdapat di hutan seperti lurah, gaung, permatang dan sebagainya. Pemain yang paling dulu berjaya membebaskan tali yang terperangkap ditengah-tengah lapisan kercang dianggap memenangi pertandingan dalam permainan ini.

Telefon : 07-224 8270

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor

Aras 6 Kiri, Wisma PERKESO

No 26, Jalan Susur 5

Off Jalan Tun Abdul Razak, Larkin

80200 Johor Bahru

JOHOR DARUL TA'ZIM